Friday, March 18, 2011

Guard Hampeh Kentut Busuk

2 minggu lepas aku macam biasalah membeli barang dapur untuk Umie di TF. Selalu kalau hari aku di Taiping Umie telepon memang aku akan beli di Tesco atau Giant Taiping la. Barang tidak la terlalu banyak, pewangi rumah, sayur dan beberapa lagi barang. Aku keluar lebih kurang jam 3.30 petang, itu pun selepas berperang dengan kemalasan yang amat sangat. Aku masuk di bahagian hujung, dan macam biasa lah ada sorang Guard yang jaga. Sebelum-sebelum ni aku memang dah biasa guna Beg Kitar Semula dan memang tiada halangan di TF ni. Tiba-tiba hari tu Pak Guard tu tahan  dan bagitau aku yang aku tidak boleh bawa beg kedalam. 

Guard - Kakak, beg itu tidak bule bawa masuk.
Aku - aaaa...pasal apa.
Guard - Memang tidak buleh bawa masuk.
Aku - Eh, saya selalu bawa masuk la, kenapa pulak sekarang tak boleh.
Guard - Memang tak boleh bawak masuk, kalau mahu guna nanti taruk sana kaunter depan. 
           nanti sudah beli keluar boleh guna taruk barang.
Aku - wei, serupa tak payah bawak beg ni kalau guna plastik bag.
Guard - Itu you punya pasal, beg tak buleh bawak masuk dalam
Aku - Bodoh, takpa la...kalau macam tu aku pegi beli barang tempat lain.
Guard - ooo...ok..

Celaka punya Guard, Hampeh, Kentut Busuk. Dah la tak hensem, hitam berkelit, suka hati je, belagak lak tuh....hahaha, macam-macam aku maki sambil jalan gi kereta balik. Meluap-luap betul marah aku. Aku nekad nak telepon/e-mail/buat aduan pasal hal nie. Kenapa pihak TF tidak mahu menyertai kerajaan dalam usaha mengurangkan penggunaan plastik dan yang paling penting menjaga alam sekitar. 

Aku terus pegi Supermarket Swee Hin Chan. Selamba je aku bawak beg kitar semula tu masuk dan shopping dan cina-cina kedai tu suka sebab aku guna beg dan sekaligus menjimatkan beg plastik dorang. Aku rasa memang menjadi tanggungjawab aku untuk menyumbangkan sedikit atau banyak usaha dalam memelihara alam sekitar yang semakin hari semakin tercemar dan tidak terurus.

Hari nie, aku nak kena membeli barang dapur Umie lagi. Aku memang nak ke TF tu, tetapi polisi Guard dia macam tu membuat kan aku tak nak pegi. Aku search untuk cari no telepon, tapi tak jumpa dan akhirnya terjumpa TF punye FB tapi branch Teluk Intan. Aku belasah jek, hantar message kat dorang. Harap-harap diaorang akan balas balik la message aku tuh, jangan diamkan jek...hurmm..


http://www.facebook.com/profile.php?id=100000654510832



Penggunaan Beg Kitar Semula di Premis TF - Saya sering ke TF Sg. Siput dan menggunakan Beg Kitar Semula. Saya tidak mahu menggunakan beg plastik kerana berpendapat ia tidak baik untuk alam sekitar. Pada 2 minggu lepas saya tidak lagi di benarkan untuk membawa masuk beg kitar semula oleh pengawal keselamatan yang bertugas di pintu masuk tanpa sebarang alasan. Sejak dari hari itu saya tidak lagi ke Pasaraya TF kerana tindakan berkenaan tidak saya gemari. Saya sangat suka membeli di TF kerana segala keperluan seisi rumah mudah dan senang diperolehi di bawah satu bumbung. Saya ingin pihak TF menyatakan dengan tegas bahawa penggunaan beg kitar semula ada boleh/tidak boleh di pintu masuk supaya memudahkan orang ramai.

Saya membeli di pasaraya yang kecil disekitar Sg. Siput mengunakan beg kitar semula tanpa sebarang masalah. Apa tindakan pihak TF untuk menyokong melindungi alam sekitar??


Terima Kasih



Monday, January 31, 2011

Kisah Makcik dan Adik

*Cerita ini tidak ada kaitan dengan orang lain kecuali mereka yang di gunakan watak untuk menghidupkan cerpen ini. Tidak terdapat sebarang urusan pembayaran Royalti mahupun ikat janji dengan watak-watak yang dipilih. Sebarang komen tidak akan dilayan. Layan.”

Mak cik sekonyong-konyong menyampuk budak-budak bersembang di pantry. Pagi yang dingin itu ada cerita hangat yang disajikan bersama bungkusan nasi lemak dan kuih muih. Itu salah satu dari rutin Makcik, rutin seorang isteri dan ibu kepada anak-anak nya yang kalau dilihat sungguh tidak terurus walaupun sudah menginjak dewasa. Anak makcik yang bongsu lansung tahun ini naik tingkatan 2, bukan anak kecil lagi. Tapi anak lelaki nya lebih suka kearah menjadi kutu rayap atau kutu lepak atau tidak keterlaluan menjadi mat rempit. Makcik cukup marah kalau anak-anak menjadi mat rempit, kalau anak-anak berlumba motor di jalanan. Hampir selalu Makcik terjojol-jojol memarahi anak-anak di depan suami nya yang macho gedebe. Pakcik memang selalu bermuka sposen, kalau pakcik masuk campur akhir nanti pakcik jugak akan kena sembur. Makcik sejak-sejak ini garang bukan main, semua jadi mangsa kalau makcik dah mula berang. Lepas Makcik tahu dia ada kencing manis Makcik selalu hilang sabar. Gigi makcik juga gugur terpaksa satu persatu sebab gusi Makcik sudah rosak, itu kata Doktor. Makcik gigil takut bila dengar Doktor suruh Makcik buang semua gigi. Habis aset penting Makcik, macamana makcik makan sedap lagi selepas ini? Mengeluh panjang Makcik. Akhirnya Makcik positif “Sudah cukup Makcik makan selama ini, macam-macam makanan Makcik sudah rasa”. Makcik berbasa basi supaya tidak terkilan sangat. Sudah kah Makcik cuba Spegeti Bolognise atau Macaroni Cheese yang enak berkrim? Sudah kah Makcik makan udang kara yang mahal.

Makcik kalau dilihat dari masa kasar, seorang perempuan bekerja membantu suami menambah pendapatan isi rumah dan sekaligus mengurus rumah tangga. Tapi bukan itu sebenarnya, Makcik bekerja mencari sesuap nasi untuk seisi keluarga. Suami Makcik tidak bekerja, suami Makcik duduk mengangkang setiap masa. Suami Makcik duduk bersembang merata-rata. Suami Makcik minta wang saku dan belanja isi rumah dari isteri yang bekerja bergaji kurang dari RM700. Nasib makcik baik, anak-anak semua sudah bekerja, walaupun usia mereka masih dibangku sekolah. Anak-anak Makcik yang perempuan sekolah sampai Tingkatan 5, tetapi anak-anak lelaki Makcik sampai Darjah 2 sahaja. Anak lelaki Makcik tidak tahu membaca, tetapi mereka tidak pula malas bekerja. Walaupun mereka tidak membantu membeli barang rumah itu cukup bagi Makcik kerana anak-anak tidak membebankan lansung setakat ini. Sekarang hanya Pakcik sahaja yang menjadi “reba” pada Makcik. Pakcik kata dia buasir, Pakcik kata lagi dia tidak larat angkat barang berat. Pakcik, siapa suruh angkat barang berat, orang suruh pergi kerja. Mulut Makcik dah tebal membebel pada Pakcik, tapi telinga Pakcik lagi tebal.

Dulu masa mula berkenalan, Pakcik bagitau dia bekerja di Pejabat. Girang betul hati Makcik. Makcik yang sekolah Darjah 1 beberapa bulan sangat teruja mendengar bakal suaminya bergaji tetap, senang lah hidup mereka sekeluarga nanti. Lepas kahwin baru lah makcik tahu penipuan Pakcik, tapi nasi dah jadi bubur. Banyak kali jugak lah Makcik tangkap Pakcik mengorat perempuan lain. Ceh, makan orang tanggung ada hati nak berpoya-poya gerutu Makcik. Makcik bagi amaran pada Pakcik jangan ulang balik apa yang sudah jadi, tutup cerita. Pakcik rutin harian sangat mudah dan senang. Pagi pakcik bangun, mandi, bersiap dan terus hantar Makcik pergi kerja. Tengahari Pakcik datang lagi bawak Makcik pergi makan tengahari. Kalau bungkus, bungkuslah. Kalau makan di kedai, makan dikedailah. Pakcik tak banyak kira, pada Pakcik itu kerja mudah. Setitis keringat jantan Pakcik tak keluar pun, malah dengan girang Pakcik pulas minyak motor. Petang nanti Pakcik datang balik jemput Makcik lepas kerja dan terus bawa Makcik berjimba-jimba cuci mata di pusat membeli belah sekitar. Pakcik dan Makcik tidak membeli barang-barang pun, Cuma jalan-jalan buang masa. Nanti langit hitam sudah mahu runtuh pun Pakcik dan Makcik tidak sedar kerana asyik sangat tengok barang dan tengok orang.

Pakcik tidak sembahyang pun, jua Makcik, bila orang tanya Makcik jawab emak tak ajar. Kasihan betul nenek tua, dia bertungkus lumus cari rezeki, tidak sempat mengajar anak-anak ilmu agama. Bila ditanya Makcik mahukah pergi buat haji, Makcik jawab macam Ustazah kampung. Siapa yang tidak mahu buat haji, kalau ada rezeki mahu lah. Tapi Makcik cuma jawab dimulut, Makcik tidak jawab ikut logik. Makcik tidak simpan duit di Tabung Haji, Makcik tidak belajar mengaji, Makcik tidak belajar sembahyang, makcik tidak itu dan ini. Bagaimana Makcik mahu ke Makkah buat Haji sedangkan tidak ada persiapan kearah itu. Makcik tidak peduli, pada Makcik bila ada soalan mesti ada jawapan. Itu jawapan Makcik akan bagi pada sesiapa yang akan bertanya lagi. Makcik tidak pernah solat, tapi Makcik setiap hari akan masuk Surau. Makcik cuci surau kalau pagi, itu pun sebulan sekali. Makcik akan masuk Surau kalau jam tepat 12.30 tengahari tiap-tiap hari. Makcik bukan solat Dhuha, jauh sekali bertakafur atau mengaji Al-Quran, Makcik sebenarnya masuk untuk tidur. Makcik penat, Makcik perlu rehat, Makcik makan ubat banyak buat Makcik lelah dan cepat mengantuk. Makcik keluar bila pintu Surau diketuk Kakak dan Adik. Kebanyakan kali Adik akan sekaki dengan Makcik tidur selongkang di Surau. Adik akan berbasa basi pasal gossip terbaru pada Makcik sambil menunggu mata Adik dan Makcik lelap. Selalu jam 2.30 adalah waktu bangun Adik dan Makcik. Makcik tidur berdepang dada seperti badak air, berkeruh. Adik tidur seayu yang mungkin seperti bawang putih yang jahat sambil mengalun keruhan. Adik bukan tidak sopan, Adik punya masalah resedung, Adik sedar tetapi Adik malu berubat. Bila Adik bersin atau hidung tersumbat Adik bagitau orang Adik Alergic. Adik tak boleh makan sebarang. Tapi makcik tengok Adik sumbat segala benda yang ada, Adik memilih dan bersopan ayu di depan orang tetapi Adik jadi terkankang bila orang tidak ada. Makcik jadi hairan kerana Adik nampak sopan santun, tetapi Adik tidak pernah tutup mulut bila Adik bersin, tidak tutup mulut ketika Adik menguap, . Makcik geli geleman melihat itu, Makcik menjadi lebih hairan kerana Adik sangat pengotor, tetapi Adik asyik mengata orang lain yang pengotor, Makcik sangat hairan bila Adik terlalu sayangkan hingus Adik yang Adik sedut tidak henti-henti. Bagaimana Adik tidak menghembuskan hingus gara-gara naik syok menyedut. Memang Makcik hilang selera bila tengok Adik begitu, bukan sekali sekali Adik begitu, hampir setiap hari Adik begitu.

Adik selalu bangga diri, Adik selalu bercerita besar-besar, Adik rasa jijik jika tandas kotor. Adik kata kereta Adik paling mahal dalam kelasnya. Mungkin Adik sengaja tidak mahu lihat model-model kereta lain yang bersusun penuh. Adik megah kerana mampu membeli kereta walaupun baru bekerja. Adik bermegah sebab semua bergaji besar memakai kereta begitu juga dengan Adik. Petang itu Adik hilang sabar bilamana En. A langgar kereta Adik. Adik hilang pertimbangan, Adik hilang kata-kata, Adik hilang arah, akhirnya Adik mampu menangis sahaja. Adik rasa kalau dia boleh berubah menjadi superwomen Adik terusan sahaja musnahkan kereta En. A yang buruk dan sudah tidak bernilai, tidak seperti kereta Adik. Ramai kawan-kawan Adik yang tampil membantu tetapi semua tidak memberi keputusan kepada perbalahan. Adik bengang bilamana En. A mengejek kereta Adik bukan seperti BMW, Mecerdes atau jenama kereta mewah yang lain, Adik terus bagitahu Kakak A. Kakak A yang terlalu baik hati dan kasihan pada Adik terus berjumpa muka kepada muka dengan En. A. Kakak A marahkan En. A, tetapi En. A tidak peduli itu semua. Dasar keparat kata Adik kepada Kakak A atas tindakan En. A mempermainkan Adik. Adik mahu sahaja buat laporan terus pihak atasan yang sinun, tetapi Kakak A melarang tindakan Adik. Adik kata biar dia puas, biar En. A dimarahi pihak atasan. Adik sudah tidak peduli itu semua.

Hari berlalu begitu sahaja, Adik kembali ceria seperti sediakala, Adik menjadi semakin gembira. Masakan tidak, Adik kini sudah mempunyai kekasih hati. Biarlah orang kata apa kepada Adik, yang penting Adik kini senang berkepit kehulu kehilir dengan kekasih. Kekasih dan Adik makan sarapan bersama, hari ini Adik masak mee goreng, semalam nasi goreng, Adik makan berdua. Biar orang lain telan air liur sahaja, biar orang lain dengki dengan Adik dan Kekasih, Adik tak ambil peduli. Pada Adik inilah masa Adik, inilah waktu yang paling Adik tertunggu-tunggu. Biar orang kata Adik rampas Kekasih orang, Adik tidak ambil pusing lagi. Kekasih Adik sudah janji bermacam-macam pada Adik. Dengar janji pun Adik sudah rasa tempias kebahagianya. Itu semua mereka tidak tahu dan mereka tidak perlu tahu.  Adik sudah berada di puncak singgahsana, Adik senyum sendirian. Setiap hari muka Adik merah bersinar. Adik menanti hari bahagia yang Adik idam-idamkan selama ini. Bila bulan puasa datang Adik menjadi lagi gembira, masakan tidak setiap hari Kekasih dan Adik akan berjalan ke Pasar Ramadhan, lagi-lagi Kekasih Adik yang bayar semua. Belum hari Raya tiba Adik sudah bercerai talak 18 dengan Kekasih. Adik sedih, hari raya tanpa Kekasih yang dikasihi.
Cukup sebulan bergegar pejabat Adik dan hati Adik. Adik menangis tak henti-henti sambil mulut sekonyong-konyong bercerita pada Abe pasal kekasih Adik sudah berubah hati. Semua yang tidak keruan pada Adik. Di saat kekasih Adik menolak cinta Adik, Adik sudah pun meluahkan kepada Kakak. Kakak A tidak ambil pusing, Adik panggil dan tarik Kakak ke Surau. Adik cerita segala terbuku di hati Adik saat itu. Kakak keluar sambil merenung Kakak A dan seraya berkata “hurmm…entah la pening kepala”. Kakak A pelik, apa la yang cuba difikirkan Kakak sehingga terjebak. Kakak, masuk telinga kanan keluar telinga kiri, itu hal orang lain, lantaklah. Lepas Kakak A, Adik panggil pulak Abe. Abe bermuka-muka terpaksa dan memaksa diri melayan Adik. Bukan sebatu duduknya tetapi sebelah menyebelah. Terpaksa la Abe menahan diri dan system pernafasan kerana diwaktu itu nafas Adik turun naik dan busuk. Adik tidak buleh lagi berfikir…Adik buntu. Buntut Adik pun sudah kematu, orang keliling sudah tahu. Kakak A senyum lebar sambil berkata sendirian“Itu lah kamu, ambil Kekasih kawan baik sendiri, sekarang apa sudah jadi”. Kakak A dapat tahu yang Adik juga adalah punca mengapa Kekasih Adik berpisah dengan Sahabat Baik Adik. Apa jua yang Sahabat Baik Adik cerita kepada Adik, Adik akan cerita balik kepada Kekasih yang pada waktu itu bukan Kekasih Adik lagi. Penamat cerita Sahabat Baik Adik putus dengan Kekasihnya itu dan Adik tanpa berlengah terus mengambil Lelaki itu sebagai Kekasihnya pula. Adik tahu dia sudah Berjaya dalam misi nya. Yes..yes…
Kakak A terdengar Adik berceloteh pasal buruk Bekas Kekasih kepada Abe, Kakak A diamkan aje. Kemudian berdering telefon bimbit Adik, Bekas Kekasih Adik yang menelefon. Kakak A dengar Adik kata bukanlah, tidaklah, bukan saya lah dan berbagai lagi. Kakak A dapat tahu, Bekas Kekasih Adik telefon bertanyakan kepada Adik bagaimana cerita mereka berdua yang sudah putus cinta diketahui oleh semua orang. Bekas Kekasih Adik menyalah kan adik lah yang membawa cerita, tetapi Adik tepis semua itu. Adik kata bukan Adik yang bawa cerita, Adik tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Kakak A geleng kepala, sambil Kakak A kata kepada diri sendiri “teruk betul Adik ni, baru aje Kakak dengar bercerita bagai dengan si Kakak dan si Abe, tak mengaku pulak”.

Adik memang begitu peel nye, takan mengaku salah, takan mengaku silap, takan mengaku kalah dan takan mengaku bawah. Adik rela menipu dari mengaku kekurangan. Adik rela mereka cerita dari mengakui sebarang khilaf, Adik rela dan sukarela. Adik tidak boleh kurang dari orang lain, apa yang orang lain ada Adik kena ada dan lebih-lebih lah sedikit dari orang lain. Bila buat begitu Adik rasa bangga dan gah. Adik rasa taraf Adik lagi tinggi, Lantak Adik la.

Adik menjanda tanpa Kekasih bila dibiar tak bertali. Lama juga Adik menjanda. Pintu hati Adik diketuk kembali. Mula-mula Adik jual mahal jugak bila dengar Kekasih Baru tu kerja lebih kurang sama dengan Adik. Adik lebih berminat bilamana Adik dapat tahu Kekasih Baru berharta dan anak orang kaya dan ternama dan punya pangkat. Adik tersenyum lebar, Adik tahu kekasih Adik bijak laksana cuma tidak habis sahaja. Kekasih Baru Adik punya bergulung-gulung hijazah, nanti Adik nak mintak satu lah. Adik nak pamerkan kepada umum, Adik pun punya Hijazah jugak. Adik dapat tahu Ibu Kekasih Baru bekerjaya yang bagus, Adik bangga, Adik bagitau semua bakal Ibu Mertuaku orang Jawa dari selatan. Nanti Adik mahu belajar masakan Jawa, Adik juga mahu belajar berbahasa Jawa. Sici, Loro, Telu, Papat Adik kira dengan jari. Adik gumbira teramat bila Kekasih Baru sayangkan Adik sangat-sangat. Adik tidak pernah rasa kasih sayang begini sebelum ini, Adik rasa bahagia sangat-sangat.

Satu hari yang nyaman Adik bagitau Kakak A dan Kakak perihal pertunangan Adik. Adik mahu langsungkan pertunangan dengan Kekasih Baru, Adik sudah pilih tarikh yang sesuai. Adik mahu buat besar-besaran. Adik pilih 21 November tarikh pengikat Adik dan Kekasih Baru. Adik mahu upah Kakak ambil gambar di hari bersejarah Adik, Adik mahu semua sempurna. Adik tahu Kakak sangat pandai ambil gambar dan punya kamera canggih yang mahal. Adik tahu Kakak tidak akan kenakan bayaran yang mahal, kira kawan-kawan punya harga maaa. Tetapi Adik tidak tahu yang Kakak memang tidak suka Adik dan tidak mahu ambil gambar Adik nanti. Kakak cari jalan dan cari alasan untuk elak dari datang masa Adik bertunang nanti. Kakak ikhtiar idea bermacam-macam. Akhir nya Kakak punya alasan baik untuk itu.

Hari yang dinanti tibalah akhirnya. Bila hari isnin masuk kerja Kakak sudah hampir lupa agenda Adik. Kakak B lah yang mengingatkan Kakak perihal Adik. Kakak B terus tanya Adik “Mana cincin tuning?” Adik merah padam muka dan cuak terus menjawab “Hurm, tidak pakai, malas nak pakai. Hanya pakai masa disarungkan dan bila rombongan balik terus tanggal dan nanti kalau keluar bersama baru pakai lagi”. Owh, berkedip-kedip mata Kakak dan Kakak B mendengar. Kenapa Adik tidak girang, kenapa Adik tidak segirang perpacaran dengan Bekas Kekasih. Kakak tanya lagi “Tidak ada lebihan makanan kah??”. Kakak yang suka barang-barang percuma menagih soalan. Adik jawab “tiada”. Hurm kepelikan melanda Kakak dan Kakak B, masakan tidak satu haram berbaki. “Sudah upload FB kah gambar-gambar” tambah Kakak. “Belum” jawab Adik ringkas. “Kalau sudah nanti bagitahu la” Kakak menjawab kembali. Kakak dan Kakak B tengok Adik muram durjana, diam seribu bahasa dan kelu lidah berkata-kata, tidak gembirakah Adik.

Seminggu lebih berlalu begitu sahaja, daun-daun kering gugur ditiup angin. Musim hujan dan musim luruh membuatkan daerah ini sepi. Kakak buka fesbok sambil teringat mencari Adik untuk melihat kalau-kalau ada gambar Adik waktu itu yang ditunggu-tunggu. Puas Kakak cari nama Adik dalam senarai kawan-kawan, tetapi tidak juga berjumpa. Kakak cari di sudut pencarian, Kakak tulis nama Adik penuh-penuh. Keluar nama Adik dan muka Adik yang tak seminyak itu, rupa-rupanya Adik sudah remove Kakak dari senarai kawan-kawan. Padan muka Kakak, Kakak selama hari ini baik terhadap Adik kini sudah terkena penangan Adik. Kakak buat tidak peduli sahaja, sedangkan Adik masih boleh bercakap dan bersembang dengan mesra sekali. Kakak sudah muak dan jelik lihat Adik, Kakak memang tidak suka habis-habisan. Kakak cakap ini lah kali terakhir Kakak akan pandang muka Adik. Rupa-rupanya mulut Kakak masin, apa yang Kakak cakap memang benar perang dingin bermula.

Adik bermuka labi-labi bila masuk kerja. Muka takde apa yang berlaku. Kakak pagi itu biasa-biasa aja. Tapi bila Kawan Kakak telepon bagitau cerita Kakak meroyan memaki Adik. Kakak cakap kuat-kuat, Kawan Kakak cuba tenangkan Kakak, Kakak sudah hilang sabar. Selesai bercakap dengan Kawan, Kakak terus buka Fesbok dan mencari Akaun Kekasih Baru Adik. Kakak lihat memang nama Kakak Besar dan Hitam ditulis. Memang dia serang secara membuta tuli, apalah yang Kekasih Baru Adik mahu, Apa tidak cukup dia beramas mesra dengan Adik selama hari ini. Apa yang Adik buat sehingga membuak-buak nafsu nya??? Apa??Apa??

Kakak terus ‘Print Screen’ Page Kekasih Baru Adik. Kakak Edit, Crop, Paste dan akhir Kakak Save As JPEG dan terus post pada Wall Fesbok Kakak, Kakak tulis SiPuki. Lepas itu isu semakin Hangat dan terus Hangit. Macam-macam orang maki balik Adik, Adik malu…tapi kemaluan Adik tidak la sebesar nafsu Adik. Adik biarkan nafsunya bermaharaja lela, kenapa?? Adik biarkan nafsu menguasai diri Adik. Jangan-jangan Adik sudah diroket??? WTF??? Weh, Abang SSS jangan cakap macam tu la tidak baik begitu kata Kakak kepada Abang SSS. Abang SSS kata bukan pendapat dia, tetapi pendapat semua lelaki disitu. Hurm, itu saya tidak boleh kata apa-apa lagi la kata Kakak selamba.

Sehingga ke hari ini, saat ini Adik masih dalam nafsu serakah yang membuak-buak. Adik sudah gila membayang dan Adik sudah gila meronggeng. Semua sudah jelak lihat Adik, Adik masih begitu, masih tidak tutup mulut apabila batuk dan bersin. Apakah Adik tidak tahu yang dia menyebarkan virus. Apakah Adik tidak tahu bahawa dalam Ilmu Kesihatan dan dalam Agama Islam sendiri kita diajar untuk membersihkan diri dan tahu batas-batas kebersihan terhadap orang lain dan masyarakat umumnya. Adik kini sudah 2 tahun menjadi Ibu Kutu…jangan Ibu Ayam atau Anak Ayam sudah la Adik ooooiii.
Sekian la coretan kali ini.


Hampeh punya orang...maleh nak cakap banyak

Today – 31 January 2011

Noor
aloooooooooooooooooooooooooooooooooooo
Noor is online.

Ain
weh­ ­
ahhahaha­ ­

Noor
ct bla

Ain
khamis n jumaat aje la­ ­

Noor
plan pi mn

Ain
takde mana pun­ ­
balik kampung aj­ ­
hang pi mana­ ­
Noor
dok kat umah la kakak ipar nak dtg

Ain
owh
tu la ang duduk kat laut kan
org bercuti mmg kena pi sana la

Noor
emm..... mmg oun da org nak pi marina water park

Ain
ok la­ ­
bila hang nak balik tawau­ ­

Noor
x tau lg rsnya thn ni kut blk

Ain
hohohoho­ ­
seronok la hang­ ­
cuti ja balik kampung hang­ ­
hahahaha­ ­

Noor
junai marah kat ko apasal

Ain
junai pundek tu mmg hampeh­ ­
laki dia chat dua tiga patah ayat­ ­
takan la aku wat dek aje­ ­
bukan tak kenal­ ­
pastu dia sound aku kata jgn layan sgt laki dia la­ ­
macam aku ni pulak yg kacau laki dia­ ­
pastu tulis kat wall pulak­ ­
sume org boleh baca­ ­
dah tak reti banggan pulak­ ­
sume org tahu aku kacau laki org la kalu ikut ayat dia tu­ ­
dah dua kali dah dia cakap gitu­ ­
dua2 kat wall­ ­
banggang sgt­ ­
kalau nak cakap chat ke­ ­
bagi msg ke­ ­
aku ble accept lagi­ ­
ini tulis kat wall­ ­
aku remove sume dari fren list­ ­

Noor
x baik gaduh klau nak bertumbuk je kat gelanggang ha..ha..

Ain
lantak dia la ­ ­
mulut mmg mulut neraka­ ­
macam la aku kebulur laki dia­ ­
aku mmg tak kawin lagi­ ­
tapi takde makna aku nak amik laki org­ ­
aku doa bio laki dia cari lain aje­ ­
pempuan gila­ ­

Noor
ko kan da tau dia tu mcm mn bt bodoh je la

Ain
aku tak rugi la lely kalu tak kawan dgn dia­ ­
aku bgtau mak aku­ ­
apa pulak hak dia nak marah aku­ ­
mulut dia yg punya pasal­ ­
patutnya aku yang marah dia­ ­

Noor
slama ni suami dia ka dok chat ngan ko

Ain
baru 2 kali pun­ ­
dia cakap weh­ ­
aku balas nape­ ­
pastu dia cakap lagi­ ­
aku balas balik­ ­
itu aje­ ­
takde panjang2 pun­ ­
lagipun minah senget tu mmg duduk tgk sebelah laki dia­ ­
dia pun nampak n baca n tgk apa yg laki dia tulis­ ­
apa yg nak marah2 aku pulak­ ­
Noor
ala ain biasa la tu ain pembawa bdk mmg angin satu bdn dia rimas tu klau mengandung mmg jiwa kacau sabar je la cubaan.......

Ain
lantak dia la lely
pembawa ke membawa ke aku tak peduli
apa yg dia cakap dgn nko n apa yang aku cakap dgn nko ada sama ke atau lain
aku tak peduli la kalu dia nak temberang sesapa pun
aku tak cerita pun dgn sesapa
aku takmo bawak mulut n bgtau sume org
lantak dia la kalu nak panjang2kan
aku tak amik pusing

Noor
ko tgh free ka ni dok chat je. dia gi tau aku lain biar la x yah la aku gi tau nnt aku gi tau kat ko lain la lak cite .aku x nak nak salahkan sapa 2

Ain
bos takde
meeting K.L
aku yg lama2 aku tak ungkit2 n ingat2 pun
biarlah
apa yg dia buat dulu skrg akan datang
biarlah
aku dgn dunia aku, dia dgn dunia dia
bukan semua yg dia buat n cakap org boleh tahan
bukan sume org aku bg muka
asik kita aja yg beralah, dia bila lagi
aku tak kisah
masa dia tulis kat wall sound aku tu mmg aku pura2 tak tahu n tak mengaku aku chat dgn laki dia
pastu last2 dia kata 'aku tau la, aku duduk sebelah. aku dok pantau laki aku"...ha dah tau buat bising2 kat wall n tanya
aku malu hang tau dok
aku nak letak mana muka aku
aku fren ada 300 org
dia ada brape ratus
org bila tgk isu tu dia akan pegi kat page kita
abes tu...sume org tahu
senang cerita mcm ni saja la
dia hal dia
aku hal aku

Noor
ooo...patut ry sakan la korang .midi ngan ko keje yg sm ka tp lain2 tmpat ka?x yah la ko risau apa yg org ckp klau org knl ko mcm mn x kan org nak salah kan ko.skrg org leh nilai mn yg btul mn yg salah .jgn dk ambik pot sangat nnt ko sedi dan tertekan

Ain
aku tak cerita kat hang pun
tapi bila hang tanye makna hang tau hal ni
aku kena bgtau hal sebenarnya dan apa yang aku rasa
terpulang la pada hang
aku tak peduli kalau dia nak kata muka aku tak lawa ka apa ka
tapi bab2 kawin, kacau laki org ni sensetif la lely
bukan boleh buat tak peduli atau tak kisah o tak amik pusing
org akan chop aku
ni bukan aku menipu
tapi aku seolah2 nak ganggu rumah tangga org n nak rampas suami org
dia mmg mulut tak penah ingat org
apa yg dia cakap dia tak peduli baik buruk
mmg macam org tak sekolah n takde agama
itu aje yg aku ble cakap
wokeh
end of story
kita crite lain

Noor
aku phm klau ko gi tau itu ko ngan aku titik abis cite 

Aku malas nak cakap banyak lagi. Aku tak bercerita lansung dengan orang lain [x classmate] aleh2 dia dulu sebarkan. Memang dasar orang banyak mulut n mulut puaka. Aku tak accept freind request untuk FB dua-dua anak dia dan aku remove kan laki dia. Dia dapat tahu bila aku reject request ada message akan hantar balik kepada requester. Aku block dia terus, tapi aku remove block sekejap pasal aku nak delete kan apa yang aku tulis kat wall tu...aku takmo lagi ramai orang baca. Biarlah pempuan gila nie nak melalak bercerita pada sume, janji aku tahu apa aku buat. So, sekarang aku dah block dua-dua laki bini..jadi keje bodoh pulak melayan pempuan nie.

Thursday, January 6, 2011

Hurmmm..dah kudi

Dah lama betul tak sesak nafas gini, selalu sumbat hidung, selsema atau bersin aje. Yang ini naik satu pakej. Hadoi...hari ni hari yang ke 4, buat keje sikit pun sesak...memang jangan dicari la lepas nie.


Dulu kena masa pi candat sotong. Duduk atas bot tu terhoyong-hayang 4 jam. Balik malam terus kena. Yang nie aku hagak2 la makan durian n kena hujan...hahaha, mana la aku tiba-tiba tidak segagah biasa beb. Setakat hujan  gitu, ahai..redah aje. hurmm...dah kudi..

Tuesday, December 28, 2010

Jemputan 1 Malaysia



Rasa nak putuih urat bontot bila dengar si labi-labi hantar e-mail pada semua orang yang terpilih. Bak lagu Maher Zain "The Chosen One"...hahahaha...separuh daripada orang yang dalam list tu duduk di sekeliling meja labi-labi...tetapi tidak dijemput dengan lisan, hanyalah undangan maya. Kalau zaman 80an dulu kalau tidak dijemput mulut, makna nya orang yang datang pun mungkin tak berapa ramai.

Tengahari lepas jam 12.30 [silabi-labi dah berambus awal hari nie], si zul datang pada k.Azi bertanyakan pasal e-mail ini. K.Azi tak banyak soal terus bukak untuk melihat isi kandungan. Aku pun ada sama la, baca punya baca...tgk punya tgk...alahai...minah keremping labi-labi nie memang tak belajar dari kesilapan dan tetap meneruskan agenda penipuan dia. Semesti nya ada orang kata, apa aku peduli lagi hal si labi-labi, tetapi dengan cara dia buat begitu seolah-olah aku la yang jahat mulut dan paling jahat. Aku rasa dia banding aku dalam mengumpat dan mengambil 'pot' pasal hal orang lain terutama orang pejabat nie, dia lagi handal. Handal dari semua orang, dan yang paling penting link plot dia lebih lebar lagi, Mencakupi jaluran lebar 4G.


Tadi Roslan ulang cerita bagaimana sewaktu makan pagi, si labi-labi bermulut terjojol menjemput dia dan Shaharom untuk ke majlis gilang gemilang. Bagaimana dia di sembur soalan oleh Shaharom


Si Labi-labi = En. Roslan, En. Shaharom...saya nak jemput datang kerumah saya minggu nie. 
                    Saya nak bertunang.
Shaharom = Eh, bukan ke nko dah bertunang hari tu??? Bukan nko dah ajak aku hari tu???
Si Labi-labi = Eh...Eh...bukan lah, hari tu merisik aje..


Hahahaha...kalau penipu tu mesti ada tinggal bau. Jangan ingat semua orang ni senang nak di tipu. 

Lepas lunch tadi, bila masuk pejabat semua gelak gumbira. Gelak mengata dan gelak mengejek dan mempersenda. Hahahaha, tak henti-henti lucu hati mereka. Bagaimana semua membuka cerita.

Aku bukan dengki, jauh dari iri hati. Aku kalau dia nak tipu lagi pun lantak dia la. Tapi bila dia mula mengkaitkan nama aku di Facebook hari tu, memang aku akan benci dan sakit hati sampai bila-bila. 

Thursday, December 23, 2010

Si Penipu Tanah Kedaun







Ancaman Terhadap Orang Yang Suka Menipu Atau Khianat

Petikan Dari http://mujahidfillah.blogspot.com/ & DEWAN PEMUDA PAS MUAR
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَامَ فِينَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ فَذَكَرَ الْغُلُولَ فَعَظَّمَهُ وَعَظَّمَ أَمْرَهُ ثُمَّ قَالَ لَا أُلْفِيَنَّ أَحَدَكُمْ يَجِيءُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى رَقَبَتِهِ بَعِيرٌ لَهُ رُغَاءٌ يَقُولُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَغِثْنِي فَأَقُولُ لَا أَمْلِكُ لَكَ شَيْئًا قَدْ أَبْلَغْتُكَ لَا أُلْفِيَنَّ أَحَدَكُمْ يَجِيءُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى رَقَبَتِهِ فَرَسٌ لَهُ حَمْحَمَةٌ فَيَقُولُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَغِثْنِي فَأَقُولُ لَا أَمْلِكُ لَكَ شَيْئًا قَدْ أَبْلَغْتُكَ لَا أُلْفِيَنَّ أَحَدَكُمْ يَجِيءُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى رَقَبَتِهِ شَاةٌ لَهَا ثُغَاءٌ يَقُولُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَغِثْنِي فَأَقُولُ لَا أَمْلِكُ لَكَ شَيْئًا قَدْ أَبْلَغْتُكَ لَا أُلْفِيَنَّ أَحَدَكُمْ يَجِيءُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى رَقَبَتِهِ نَفْسٌ لَهَا صِيَاحٌ فَيَقُولُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَغِثْنِي فَأَقُولُ لَا أَمْلِكُ لَكَ شَيْئًا قَدْ أَبْلَغْتُكَ لَا أُلْفِيَنَّ أَحَدَكُمْ يَجِيءُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى رَقَبَتِهِ رِقَاعٌ تَخْفِقُ فَيَقُولُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَغِثْنِي فَأَقُولُ لَا أَمْلِكُ لَكَ شَيْئًا قَدْ أَبْلَغْتُكَ لَا أُلْفِيَنَّ أَحَدَكُمْ يَجِيءُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى رَقَبَتِهِ صَامِتٌ فَيَقُولُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَغِثْنِي فَأَقُولُ لَا أَمْلِكُ لَكَ شَيْئًا قَدْ أَبْلَغْتُكَ

-رواه مسلم- بَاب غِلَظِ تَحْرِيمِ الْغُلُولِ

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berada bersama kami, baginda menceritakan tentang orang yang suka menipu dan khianat dengan begitu serius. Kemudian baginda bersabda: Pada Hari Kiamat nanti, aku akan bertemu dengan salah seorang dari kamu datang dengan memikul seekor unta yang sedang melenguh di atas tengkuknya dan berkata: Wahai Rasulullah! Tolonglah aku. Lalu aku katakan kepadanya: Aku sudah tidak mempunyai apa-apa lagi untukmu, semuanya telah aku sampaikan kepadamu. Pada Hari Kiamat nanti, aku juga akan bertemu dengan salah seorang dari kamu datang dengan memikul seekor kuda yang sedang merengek di atas tengkuknya. Dia berkata: Wahai Rasulullah! Tolonglah aku. Lalu aku katakan kepadanya: Aku sudah tidak mempunyai apa-apa lagi untukmu, semuanya sudah aku sampaikan kepadamu. Seterusnya pada Hari Kiamat nanti, aku akan bertemu dengan salah seorang dari kamu datang dengan memikul seekor kambing yang sedang mengembek di atas tengkuknya. Dia berkata: Wahai Rasulullah! Tolonglah aku. Maka aku katakan kepadanya: Aku sudah tidak mempunyai apa-apa untukmu, semuanya sudah aku sampaikan kepadamu. Begitu juga pada Hari Kiamat nanti, aku akan bertemu dengan salah seorang dari kamu datang dengan memikul seorang manusia yang sedang menjerit di atas tengkuknya. Dia berkata: Wahai Rasulullah! Tolonglah aku. Lalu aku katakan kepadanya: Aku sudah tidak mempunyai apa-apa untukmu, semuanya sudah aku sampaikan kepadamu. Pada Hari Kiamat nanti, aku juga akan bertemu dengan salah seorang dari kamu datang dengan membawa secebis pakaian yang compang-camping di atas tengkuknya dan dia berkata: Wahai Rasulullah! Tolonglah aku. Maka aku katakan kepadanya: Aku sudah tidak mempunyai apa-apa untukmu, semuanya sudah aku sampaikan kepadamu. Begitu juga pada Hari Kiamat nanti, aku akan bertemu dengan salah seorang dari kamu datang dengan memikul sejumlah harta terdiri dari emas dan perak di atas tengkuknya dan berkata: Wahai Rasulullah! Tolonglah aku. Maka aku katakan kepadanya: Aku sudah tidak mempunyai apa-apa untukmu, semuanya telah aku sampaikan kepadamu.
-Hadis Riwayat Muslim-