Showing posts with label East....North...South....West.... Show all posts
Showing posts with label East....North...South....West.... Show all posts

Friday, June 11, 2010

Cambodia, Pinoy, Singapore, Korea Selatan n Beijing..hahahaha

Jeles betul bila dapat sms dari K.Zie. Dia yang mula2 kata nak follow aku, tapi akhirnya dia pegi dulu. Yelah, orang ada geng n ada duit kan. Dia, Husband dia, Norm dengan Husband...ngam2 4 orang. Memang cantik la untuk melancong..group kecik2 dan senang nak handle. Nak save duit kat land arrangement pun cantik gak.

Yang aku geram sikit2 tu pasal aku yang beria2 nak ke Cambodia tu..aleh2 dia pegi Oktober neh. Anna, k.yati n geng pun nak follow jugak. Aku ingat nak ajak si awek mini, una n bijan pegi. Tunggu si marlina neh punya la teruk, bulan nie tak buleh..bulan tu tak buleh..haih busy bebeno mike iyek..maklum la, posisi tertinggi kan..tak terlawan teman weh. teman nei kuche yang udah layu gitu. hahahaha.

Cakap pasal Cambodia, tetiba awek mini ajak aku pegi Pinoy pulak..aku layan aje la..aku, awek mini, una n bijan kan..ada 4 org..santek sangat la..Pinoy nie mau ribu riban jugak la..bukan sebab matawang dia tinggi, tapi sebab pengangkutan dia yang serabut serabai tu..ialah ada 7000 pulau kan..dari satu2 tempat tu nak tanak kena naik feri yang makan masa berhari2 atau naik kapalterbang yang kena kluar modal banyak la...hadoi..pape pun nak pegi singapore dulu...settle yang tu dulu..Korea pun tak tau tarikh n bajet n Beijing winter pun tak sure lagik..kalu kuar modal 2nd time Beijing memang kim salam byk2 la kan..banyak lagi tempat lain buleh pegi..

Thursday, May 20, 2010

Kelab Mengembara

Aku baru aje selesai baca blog si Agustus&Katja [http://followtheroad.com/en/12-days-malaysia/], cerita bagaimana dorang hidup di merata2 tempat. Cerita bagaimana si Andrej [http://altsport.wordpress.com/] bergelandangan dan menumpang kenderaan tak kira apa sekalipun berjaya menyusuri dari negara nya Lithunia dan kemudian dalam minggu lepas berjaya masuk ke Malaysia setelah beberapa hari dan minggu di Thailand. Cerita bagaimana dia menumpang, tidur di dalam khemah di China dan didenda di Laos kerana di negara itu diharamkan berkhemah dan tiada satu pun tapak perkhemahan pernah wujud di negara tersebut. Aku suka cara penceritaan si Andrej nie. Bagaimana dia berjaya mengunakan sepenuh peluang, menjimatkan wang dengan tidak menyewa hotel dan lebih kearah kehijauan. 

Terfikir tadi sewaktu melabur, kenapa tidak aku wujudkan satu kelab kembara??? kenapa tidak..walaupun tiada ahli dan walaupun hanya aku seorang sahaja ahli takpe..insyaallah lama kelamaan akan ada ahli nya nanti. Sekurang2nya 10 orang pun sudah memadai. Seperti Agustus dan Katja, mereka bertemu apabila menyertai kelab yang sama -  [Vilnius Hitch-hiking Club], kelab yang diwujudkan di universiti di sana. Berkongsi cerita bagaimana mereka mengembara. Membaca hasil mereka sudah cukup memberi inspirasi dan tenaga walaupun tanpa disusuri dengan tindakan, namun aku puas barangkali apabila ada suatu hasrat yang akan diolah dan dikongsi bersama. Bila membawa Agustus&Katja diMalaysia, aku tersentuh tulisan mereka..bukan terharu, tetapi sedikit kecil hati. Dia menghantar message ke Inbox akaun CS dan meminta pertolongan..mungkin dihantar pada hari jumaat petang atau sabtu atau mungkin ahad [tidak dibaca sehingga Isnin-takde berukband] dan bila aku SMS mereka sudahpun mendapat rumah dan punya lambat membalas message aku yang pertama dan yang kedua di ignore sahaja. Bagaimana dia berterima kasih kepada begitu ramai manusia yang menolong, tidak salah...cuma ntah la....cerita yang mereka dibantu hingga mendapat perabut, katil, tilam, dan segala2nya [mereka cuma datang dengan sebiji beg masing2]. Aku tak mampu menolong sehingga ke tahap begitu, aku tidak punya kemampuan dari semua sudut. Biarlah, itu rezeki mereka.

Berbalik kepada penubuhan Kelab...hurrmmm rasa2 sewaktu melabur tadi aku terpikir nama seperti RealDeal Adventure Club atau Place we been [macam tiru Place we go with Jennifer Adam's aje nie] atau ada nama2 lain yang lebih baik..tapi apa2 pun misi, visi dan tujuan masih sama...apa pun nama nya nanti..kita harus jujur, ikhlas dan bersatu. 

This is the Place Adventure Club????

Monday, April 5, 2010

Bukit Larut / Maxwell Hill

Semalam, aku n faz ke Bukit Larut buat pertama kali sebelum Faz pindah kerja ke K.L. Faz amik aku kat rumah dan terus ke Kaki Bukit Larut. Naik Land Rover dalam jam 11 pagi dan turun jam 1 tghari..Since weekend ramai orang diaorg tetap kan 2 jam limit untuk setiap orang. So, memang time limit sangat. Diaorg kata kalu nak lama2 naik la weekdays...buleh naik pagi turun petang [keja la]. Masa naik tu memang menguji betul. Ada 88 korner dan ada beberapa yang paling tajam..itu yang buat nak terkelar dari land rover tu...mula2 takut jugak..kot2 pening or muntah..tapi takde pape..memang best pengalaman naik keatas.. otw tu terlalu ramai org hiking naik...[budak2 Kolej Latihan TM ada 160 org, patut la penuh hari nie].

Kat atas terus aje jalan ke arah Gunung Hijau Rest House...tiba kat pondok rehat dulu, amik gambar...bila tgk batu jalan tu tulis lagi 3 KM...adoi...tak jadi proceed dan turun balik kebawah...by the time dah jam 12.30..kejap aje masa berjalan..lepas tu naik ke Chendana Cafe...amik gambar n layan view..lepas tu order lunch...Kuew Teow Goreng dengan air Soya...Kebetulan Land Rover yang sepatut turun jam 1 tengahari tu ada kat situ..so, kitaorg suruh dia tunggu dan tak perlu jalan turun bawah balik...tiba stesen tu org lain terpaksa la duduk kat belakang...hehehehe...tiba kaki bukit jam 1.30 lebih kurang.


Chendana Cafe.....nice view

another view...

go green...

new t'shirt - world cup south africa...petronas mesra

MGJV PR Officer a.k.a my best fren...Fazz..



Bunga Ros Hutan....sangat, sangat dan sangat harum...


Left view Kuala Terung n Right view Kuala Sepetang... centre view Bandar Taiping

Bunga 3 bulan...lepas tu pudar dan kering...

Chendana Cafe n Cendana Hut....sangat cantik, sangat sejuk dan sangat menyegarkan....

The only rock....the rocks....






Another abandoned.....otw to Gunung Hijau Rest House n Telekom Tower...







Giant Butterfly....just like me...Flygiz / Fly Colours