Wednesday, March 10, 2010

Org Mcm Nie pun ada kan

Ada orang duk pesan barang pada aku masa pegi HCMC. Depa hanya bagi gambar melalui e-mail. Tak bg tgk pun barang tu, tak bagi pegang pun, tak bagi saiz pun hanya bagi gambar. Masa dekat sana, mmg aku cadang nak pegi tempat tu, hanya untuk beli diaorang punya la. Memang aku dgn Mar tak bercadang nak beli telekung pun. Mar bgtau nak pegi tempat tu kena bayar tambang, sebab jauh daripada situ. Tambang dalam 180,000 dong pegi dan 180,000 dong balik. Depa hanya bagi aku 13 dollar tiap sorang. Mar cakap dia takmo pegi situ, aku nak pegi jugak, nak beli. Mar cakap siapa yang nak bayar harga tambang kesana and jauh??? aku diam aje. Iye jugak...depa nie, bagi duit cukup2 aje...ntah la. 180,000 = RM30+-. So, aku mmg diam kan aje la. Masa malam last tu aku ada kol kedai tu, dia cakap dia tak bawak untuk promote ke area benh thanh tu, kalu nak datang tempat dia la. Aku pun, bgtau kalu rajin aku sampai la..
So, pepagi masa nak kluar tour city ada org bg salam. Rupa2 org islam sana la. Dia jual telekong. So,, aku kluar la gambar telekung yg depa bagi tu...dia cakap mmg sama la rupanya. So, 11 dollar...aku pun amik la....wane pink. So, tinggal lagi 1 aje. Masa last day pagi tu, nak pegi la kedai area lee than ton [hotel mula2]. Kat situ ada kedai baju kurung dengan telekung. Tunggu punye tunggu, tak buka lagi.. So, decide nak pegi beli kain dulu dalam bhen than dulu. Masa pilih2 kain tu, org tu dok kenen2 telekong dia. So, compare dgn gambar yg depa bagi tu...lebih kurang sama aje. Aku pun beli la...last day kan.


So, masa balik mmg dah tak muat tempat...terpaksa la tumpang. Takpe la, si mar kata nak charge dorang dgn lebih duit dorang tu. Iye la, ble bubuh benda lain kan katanya. So, on the way dlm flight tu aku suh la si Mar karang sms untuk salah sorang tu. Pastu aku ote sikit2 n hantar sms tu..Lama gak tunggu jawapan.. [mintak balance 2 dollar tu buat upah, hehehe]. So, dia halal kan. Masa balik tu terus bagi kat Nyah suh bg kat depa. Tapi sume diam...tak kata apa2 pun. Tapi yang sorang tu ada la sms kata TQ kan. Yang sorang tu sampai la nie tak kata pape. Dia ada bgtau kat Nyah, kata material kain tak sama, kepala besar sikit, tak labuh, bunga tak banyak dan bla..bla..bla..[iye la, mana nak sama, dah korang tak bg aku tgk original contoh. Takat dok tgk ikut gambar e-mail tu...mana la aku ble tau].


Isnin malam balik kampung hantar barang2 kat umie, iye lah..tunggu sabtu ahad dah lemau...dah tak panas barang2 tu. So, cite kat umie...umie kata depa tak patut pesan, pegi beli sendiri baru pueh hati. Kalu pesan sure ada tak kena punye.


So, up to todate mmg yg sorang lagi tu tak kata pape.. tq pun tidak. Sedih gak aku, kita punya la mengangkut dari sana kan...salah ke..betul ke...tq la jugak kan. Takpe la, nanti aku akan pulang balik duit 2 dollar dia. Memang serik la aku dgn org mcm nie...Memang kena letak jauh2 dia nie..tak appreciate lansung. Kalu aku nie byk duit kan, mmg aku byr balik duit 13 dollar dia yg konon nye banyak sangat tu. Tapi bak kata si Mar la kan...dia nak ke, dia tanak ke...dia kena amik. Ntah la...maleh nak amik tau dah.

Tuesday, March 9, 2010

Ermmm...

Hari nie dah masuk hari ke2 aku bekerja lepas cuti panjang. Rasa macam orang buta buat kerje la pulak. Sume blank, sume macam nak kena buat yang baru. Aduyai, ni penangan cuti panjang la. Mata pulak kuyu kuyup aje sepanjang masa. Nasib baik bos takde 2 hari nie..rilek sikit. Maklum la tikus kan, kucing takde..time nie la nak kluar. Ini la machai kuchai kan...alahai...ermmm

pergh...

After so long....tadaaa....hari nie pulak buleh bukak blog. Adus berpeluh aku. Last week kat Vietnam, ingat nak update jugak blog nie...pun tak buleh bukak. Dah policy Government dia mcm tu agaknya.. FB tak buleh, Blog tak buleh, Forum pun tak buleh.
Tadi pegi kedai gambar, amik gambar untuk Visa ke China. Mini nak within tis week gak. Harap2 petang nanti amik and lawa la gambar tu. Nak pos express ke K.L, supaya mini buleh dapat cepat. Buleh settle sume nanti. Kena bayar another RM500.00 balance. Mana lak nak cekau duwet neh. GPS order drp USA pun dah sampai, another RM500.00 gak. Ingat nak kuar kan duwet Tabung Haji nanti. Petang karang nak pegi gunting rambut la. Ingat nak simpan la panjang lagi...tapi tak ble tahan la pulak, musim panas nie. Ingat nak gunting mcm biasa la, mcm Ellen Degeneres. tapi nak lagi pendek kot. Hari tu Yanie dah sound, "Cuba la simpan ramot tu panjang sikit". Hehehe...baru bawah sikit pada bahu nie..Dengar cite kampeni nak bagi bonus. Harap2 dapat la..Insyaallah ada rezeki nanti.

Friday, February 5, 2010

Sakit kah aku??

Hari ini dan semalam aku M.C. 2 hari. Hari rabu aku main badminton di dewan YMHA di depan rumah. Tengah syiok2 amik shuttle cok tu dari sudut sebelah kiri...tetiba aku terasa lutut aku sebelah kiri mcm meletup...[tup]. Aku diam kejap..cuba gerak2 kan lutut..tapi terasa lemah, dan mengeletar sikit. Aku cuba tegak dan bongkok lutut..ok lagi, cuma mengetar tu masih ada. Aku rilek kejap, sume org pandang aku..Diaorg ingat aku cramp. Aku cuba nak sambung main, tapi tak mampu. So, aku terus keluar dan rilek kat bangku.
Mamat yang dok main dengan jun tadi datang kat aku. Dia tanya aku ok ato tak???. Dia kata dia dah agak aku akan cedera masa dia tengok cara aku amik bola tadi. Aku dok sembang2 la sikit2 dengan dia. Dia kata kasut aku tak sesuai dan badan aku besar. Kena kurus, dan jangan malu2 nak main. Aku dalam hati, memang la kasut aku tak sesuai..ini kasut jogging. Aku memang nak beli kasut badminton, tapi tunggu la dulu, duit takde.
Aku rest 10 minit. game abis kul 7.00 petang. So, aku gerak balik dan june ajak pegi beli lauk untuk malam nie. Balik umah malam tu takde la sakit sangat lagi. Esok pagi nak bangun urat tegang..hurrmm..sakit la pulak..ingat nak pegi keje. So, aku terus pegi Klinik. Doktor periksa dan bagi aku M.C 2 hari. So, duduk rumah aje la..hehehehe..Aku sakit sikit...

Sahabat

Setiap detik berlalu
Tidak perlu ku toleh lagi
Mencari erti kehidupan ini
Yang tak ku tahu noktah berhenti nya lagi
Ku paling ke belakang
Mengutip sisa kenangan
Yang menyentuh jiwa
Kalau boleh ingin ku ulang
Saat manis dan gembira
Agar hati ku puas
Mengenal erti teman lawan
Salah benar kalah menang
Ku kira jika termampu
Akan ku himpun kan
Di lubuk hati yang mendalam
Agar ku ingat lagi
Walaupun seribu tahun
Wahai sahabat
Sambutlah seruan salam ku
Agar kau tahu betapa
Aku menghargai erti persahabatan
Yang Kita jalani selama ini
Jika tersentuh hatimu
Maaf ku pohon kan
Agar engkau menyedari dan menghargai
Erti sebuah persahabatan
[16 Februari 1999, Sungai Petani, Kedah. Aku rasa waktu ini, puisi ini aku tulis untuk seorang sahabat bernama Yani...kalau tak silap la..sebab dah lama nie.]

Puisi tidak bertajuk

Kau,
Yang pernah membuat ku Ketawa,
Yang pernah membuat ku Menangis,
Yang pernah membuat ku Tersenyum,
Yang pernah membuat ku Bangga,
Yang pernah membuat hati ku Terluka,
Kini kau pergi,
Pergi buat selamanya,
Tinggal lah aku di dunia,
Yang penuh kesepian,
Tergapai tiada arah tujuan.
[19 Julai 2000, 3.30 a.m. Kuala Ketil, Kedah]

Aku Dan Penaku

Jejari pena ku coret,
Pada cebisan-cebisan kertas,
Agar tersimpul erat,
Satu puisi, puisi yang membuatkan hati ku puas,

Tapi aku bukan lah,
Penulis puisi yang terbaik,
Cuma baru bermula,
Setiap insan mahukan,
Sesuatu yang sempurna,
Di kehidupan ini,
Cuma usaha perlu berganda

[Puisi ini aku tulis pada 16 Februari 1999, 11.40 p.m., Kuala Ketil, Kedah. Permulaan menulis, entah hapa2 yang aku tulis, aku jumpa balik buku nota yang tertulis beberapa puisi...puisi hamba.]