Monday, December 13, 2010

Poyo punye mamat

Hari nie memang badan kurang keenakkanya. Takde rasa sirap ato ribena. Kosong aje, tak bubuh ais batu pun. Badan panas dari hari jumaat malam lagi. Demam lagi, nasib baek lepas aku pegi buang tebiat memanjat batuan di jalanan menuju puncak genting, kalu sebelum, melepas la acara testing stamina. Hari nie Yam tumpang dengan kawan kerja dia, nak pegi training dekat Kolej TM Taiping. Training seminggu, jadi hari-hari la aku balik kampung minggu nie [opss...sampai rabu aje, pastu aku cuti khamis n jumaat].

Opis pun rasa jugak penangan, sunyi sepi. Takde org keje ke?? ato kurang keje. Hurmm, boring tahap cipan nie. Tengok atas meja penuh surat dari bilik bos dan terpenting ada selitan mesej di setiap surat. Settle, sapa kata aku takde keje?? arkk, bukan takde tapi kurang kerja. Memang aku dibayar untuk pura-pura buat keje la doy..apahal.

Kemudian, ada panggilan pulau dari utara...ceh, rupanya si eton. Apahal la pulok si eton pepagi buta yang kurang vitamin ni memanggil aku.

Eton : Weh, nko tau tak, si polan tu tulih nama kita kat FB dia. Dia kata kita sebok2 hal dia.
Aku : Weh, apahal pulak. Aku tak buat papa pun. Itu la eton, aku dah suruh nko jangan, nko buat jugak. Degil...nie aku pun terbabas sama..busuk la nko.

Masa bercakap dengan eton tu, berbakul-bakul aku maki. Pempuan gila, pempuan sial, pempuan bangsat. Paneh la kot tingge si eton dengar. Aku bebel-bebel, dia duduk kat meja dia, sebelah meja aku aje. Mungkin kelebihan pada aku time tu, kerana ada berukband. Aku terus bukak FB mamat tu tengok. Ceh, dia shot kat wall...siap tulih "Cik Ain PSO Taiping". Aceh...ceh...ceh...suka hati bapak lu aje..

Aku terus print screen....edit2 n aku shot pulak kat wall aku...so, komen balas memang panas...bape derajah celsius pun tak tahu la..
Nie reply dari aku, dengan rasa rendah diri dan 99% chumel aku reply balek. Aku tak bersalah, tolong jangan babitkan nama aku. Pegi mampus la nko. Yang lawak antarabangsa nye GF a.k.a Awek dia pun komen sekali kat situ.. Aceshh...ayat tak ingat.

"Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Jangan sampai melibatkan maruah orang lain pun turut tercemar dek gosip murahan yang tak berfaedah"..amboi ayat tak tengok lansung. Rasa nak muntah se baldi dengar susunan ayat orang-orang kuat beramal nie. Taik kucing kurap la nko. Lepas nie nko tahu la sapa yang beramal ke, tak beramal ke. Amalan nko tu dah cukup sangat la tuh, menipu sana sinun.


Nasib la aku kan, suruh belajar betul2 takmo. Sekarang orang dok kutuk2 la aku. Aku takmo tgk dah mende nie, tapi sume org dok kata Hot hari nie..hahaha, lantak la.

Wednesday, December 1, 2010

1 December 2010

Hari nie adalah hari pertama dalam bulan terakhir 2010. Besok genap 1 bulan selepas harijadi aku untuk tahun 2010. Bulan December bulan kegemaran untuk buat kenduri kendara. Bulan December bulan kegembiraan untuk bercuti. Bulan pening kepala untuk ibu bapa menyiapkan kelengkapan sekolah. Bulan December bulan yang tidak sesuai untuk aktiviti melibatkan air. 



Wikipedia
December is the twelfth and last month of the year in the Gregorian Calendar and one of seven Gregorian months with the length of 31 days.
December's flower is the narcissus or holly. December's birthstones are turquoiselapis lazulizircontopaz(blue), or tanzanite.
In Latin, decem means "ten". December was also the tenth month in the Roman calendar until a monthless winter period was divided between January and February.
December is the month with the shortest daylight hours of the year in the Northern Hemisphere and the longest daylight hours of the year in the Southern Hemisphere.
December in the Northern Hemisphere is the seasonal equivalent to June in the Southern Hemisphere and vice versa.
In the Northern hemisphere, the beginning of the meteorological winter is 1 December. In the Southern hemisphere, the beginning of the meteorological summer is 1 December.
December starts on the same day of the week as September every year. December ends on the same day of the week as April every year.

Penipuan atau Sakit Jiwa??? hahaha...

Bila dia bercakap dengan tone tinggi semua orang pandang dia dengan ghairah nak tahu lebih lanjut. Manakan tidak, hot chick terbaek dari ladang akan bertunang. Siapakah jejaka separa malang tersebut??? hahaha, itu lah yang menjadi tanda tanye semua orang.

xxxxx = Kak Ain, xxxx nak bertunang
Aku = Ha....iye ke, bila nak buat nie
xxxxx = minggu -+hb nie, xxxx nak suruh K.Ain jadi photographer nye.
Aku = [telan ayak liok, mana la aku terror sgt amik gombar bagai neh, adeh...] ooooo...ok...ok [dengan sedikit nada gabra]

Pada setiap orang lalu lalang disitu habis semua diberitahu. Aku anggap berita paling gembira buat xxxxx sepanjang bernafasnya dia di dunia. Aku pun suka la, dah banyak kali disakiti akibat kejahatan lelaki yang suka mempermainkan wanita dan pakej kebodohan xxxxx yang gila meroyan nak kahwin. Dia pikir kahwin itu kenduri, kendara, dapat anak??? itu aje. xxxxx tak pikir akibat dan penangan kahwin itu sendiri. Biarkan lah, orang tengah gembira. Aku memang tak hepi dapat job untuk dia, aku rasa buang masa aku untuk mengambil gambar-gambar. 

Dalam masa tinggal 2 minggu, aku dapat e-mail dari Corporate Comm. Aku terpilih untuk mempoyokan diri ke UEM Family Day 2010. Syukur, punya lengkap alasan tanpa berfikir. Terus tanpa banyak fikiran terlibat, memberitahu xxxxx aku tidak dapat terima job untuk nya pada hari kegembiraan dia. Dia sedikit tersentak dan aku tanya jika dia punya back-up lain untuk job tersebut. 

xxxxx = Takpe K.Ain, sepupu sepapat xxxxx ada. Dorang ada kamera. Ok, aje.

Lega mengila seluruh otak aku, selesai satu tanggungjawab yang tak hengen aku pikul. Hihihihihi, lantak nko la. Rupa-rupanya dalam diam semua yang tahu menunggu hari bersejarah. Semua tak sabar lagi nak tahu siapa kah yang di pihak sinun.

Aku ada la bergossip murahan dengan sahabat tinggal di utara, memberitahu niat xxxxx tersebut. Maka seperti acara teka kacang, sekali lagi aku terarah untuk menjadi detektif conan, mencari klu-klu yang boleh di kaitkan dengan jejaka itu. GAGAL. xxxxx terus mendiam kan diri daripada mendedahkan siapa jejaka tersebut dan selalu berkata ' Tunggu la, nanti tahu jugak'..cesss.

-+hb [ hari yang ditunggu] = aku menghadiri Family day di TNB Bangsar.

Isnin [hari kerja]

Aku ingat-ingat lupa, nasib baek si xoxo ingat kan aku pasal xxxxx. Semua limah dan peah serta abe gedebe yang bermulut terjojol-jojol sibuk memasang telinga dan sekali sekali menyibuk dengan pelbagai soklan murahan. xxxxx seperti nya tidak segumbira masa cermin mata kalis silau yang ditempah di Focus Point siap. Tidak seceria waktu berpacaran dengan lelaki buaya darat dulu, dan tidak seceria siaran NTV7. Hihihihii, pagi isnin itu juga tidak ada jajan baki dari kenduri. Pelik, masakan tidak, waktu hari jadi dibuat pulut kuning dan dibawa ke pejabat. Atau tidak lagi punya saki baki jajan dan lauk pauk. Mushkil wajah ayu aku dibuat pagi itu...nasib baik sempat membeli capati 4 keping, tapi bukan kesemua lulus ke tekak aku. 

xoxo = ek, mana cincin tunang? kenapa tak pakai
xxxxx = isk,...tak pakai malas. Pakai depan dia aje, waktu sarung, dia balik, kenduri pun abis cabut terus.

Di kepala hotak aku yang IQ mencapai tahap tertinggi nie, tak pernah lagi la berjumpa dengan situasi marabahaya begini. Masakan tidak, sebelum bertunang bagai membeli cincin di Habib Jewel nun jauh ke Kuala Lumpur. Meroyan apakah si xxxxx untuk tidak menyarungkan cincin nya?? pelik.

Aku = Sudah upload kah ke FB??? mau liat
xxxxx = Belum [dengan nada yang kurang kepuasaan hati, kurang enak disoal bertubi-tubi]
Aku - Ok, sudah kalu bagitau ok.

Sampai kini hari ini, sudah lebih kurang 2 minggu lebih peristiwa berlaku. Namun tiada paparan hebat gambar-gambar saat gumbira xxxxx. Apa yang tidak kena pada xxxxx. Aku pun sekali lagi, dengan gaya detektif conan menyiasat FB nye. Sejurus, tiada di dalam list Freind, aku kaget. Aku tekan cursor di petak search dan terus menulis nama xxxxx. Keluar muka xxxxx yang liuk lentok dan terpapar petak Add As A Friend. WTH & WTF wit that??? dia dah remove aku. Gedik punye betina, hahaha aku tak marah pun. Lagipun bukan aku yang add dia. Lantak dia lah, tetapi ini menjadi jumping platform untuk aku lebih-lebih lagi dan semua yang lain untuk mencari rahsia apakah maha besar yang sedang disoroknya. Hahahaha, Gila teruk.

Tiap Hari, xxxxx makin galak mencerita dan memberi tahu persiapan kenduri kahwin. Errggh..semakin teruk xxxxx nie. Dia kami rasakan terlalu obses untuk berkahwin. Bagaimana ibu dan ayah membeli Aircond semata-mata untuk keluarga sebelah jejaka merasa selesa semasa kunjungan [maklumlah keluarga Datuk dan orang kaya-kayaan]. Dia juga bercerita bagaimana diwaktu bertunang, kawasan jalanraya di rumahnya sesak dengan kenderaan saudara mara dan kunjugan. Dia jugak cakap masa kenduri kahwin nanti akan buat di dewan, hebat.

*Nota penting - Pihak lelaki menafikan acara pertunangan tersebut. Abang jejaka tersebut tidak tahu menahu lansung. Ibu jejaka tersebut bercuti ke Jepun pada tarikh tersebut. Dan paling penting, jejaka itu sendiri menafikan dan naik hairan bagaimana cerita itu boleh tersebar. Moral dari cerita diatas, xxxxx adalah gila meroyan nak menikah dan paling penting xxxxx memang penipu dan suka menipu....wassalam

Apakah aku tidak lagi sedar akannya

Hurmm...sudah lebih 6 bulan aku tidak update blog ini. 2 minggu lepas dapat berukband dari Nyah...itu setelah dia tidak buleh gunakannya samaada dirumah ataupun di pejabat. Kebest an tahap cipan sebab aku aku rasakan bila aku tidak perlu membayar yuran pendaftran RM100++, senang cerita dapat free, tinggal lagi bayar sewa bulanan sahaja.

Dalam masa 6 bulan ini macam-macam jadi. Ada budak baru lahir, ada yang dah berjaya dalam UPSR. Ada yang dah lega sebab PMR dah selesai dan ada yang masih lagi berdebar-debar menjawab soalan SPM dan STPM. Bagi aku, debaran lebih hebat dalam menjawab erti kehidupan aku. Erti kehidupan sebagai seorang muslimin sejati yang lebih menjurus kearah pembaikan akhlak yang semakin hari semakin menipis seperti nipis nya singlet yang dipakai budak-budak perempuan sekarang nie. Aku cuba bertelagah dengan diri aku sendiri, menjawab pertanyaan yang sering berlegar-legar serta mencari jalan berhibur kadangkala. Aku adalah aku, aku adalah insan kerdil yang cukup keras kepala dan cukup liat untuk dekat dengan ALLAH. 

Aku kadangkala bangga dengan kebodohanku yang terang lagi nyata. Aku kadangkala dilihat cukup tawaduk dan insaf. Kebelakangan ini, tanpa jemu aku terus-terusan memuji dan bersama-sama mendendangkan lagu Maher Zain. Satu susuk tubuh yang cukup sempurna untuk dijadikan contoh ikutan atau idola dalam perjuangan kembali kepada ALLAH. Maher Zain dulu pernah juga alpa dan lalai dalam tanggunjawab sebagai hamba ALLAH. Tetapi dia bingkas bangun dan terus kejalan yang diredhai. Bagaimana aku?? tidak kah aku malu dengan lelaki bernama Maher Zain itu?? biarkan, dia tidak kenal pun aku sapa..malah tidak pernah jua mendengar nama ku yang sedap dan sering mendapat pujian dek kerana kesedapan namu itu. Namun sebagai seorang perempuan aku harus juga berasa malu. walau tidak kepada Maher Zain, tetapi kepada mana-mana lelaki yang beriman.

Setiap kali aku berjumpa dengan mana-mana lelaki beriman, aku malu pada diri aku sendiri. Aku malu dengan sikap dan penampilan aku, tetapi itu tidak cukup untuk mengubah aku. Entah dimana silap nya, aku terus-terusan dengan sikap begini. Umie setiap minggu tanpa jemu-jemu terus berpesan pada aku 'Jangan lupa dan jangan tinggal Al-Quran. Kalau dalam masa 1 bulan tidak membaca Al-Quran hati boleh menjadi hitam dan mati". Aku ingat setiap kali kata-kata itu, tetapi pengakhiran aku kiranya bukan itu. Setiap hari aku mencari alasan untuk diriku sendiri untuk tidak membaca kitab suci. Basuh baju, sakit perut, lapar dan beribu macam lagi alasan bodoh untuk diri aku sendiri. Selalu Umie berpesan "Jaga diri", ayat itu sudah hampir sebati dengan diri aku. Aku kira aku cukup pandai menjaga diri dari sudut bahaya persekitaran, tetapi dari sudut kejutan budaya, kiranya aku gagal sedikit demi sedikit. 

Aku bersyukur kepada ALLAH kerana masih memberi dan terus memberi segalanya kepada aku. Walau teruk sekali aku kepadanya, dia tetap menghamburkan kasih sayang nya. Tetap jua dia memberi ruang dan waktu pada aku untuk menilai diri. Aku rasakan hidup tidak berlaku adil kepada aku, aku rasakan hidup terlalu menyesak, walaupun kadangkala. Aku berdoa dan memohon agar ALLAH tetap saja terus terusan menyedarkan aku, membawa aku ke jalan yang diredha. Aku berharap aku mampu dengan sepenuh kudrat dan kekuatan untuk bingkas mengubah segala sebelum terlambat. Kearah kebaikan sebelum matahari terbit di barat dan sebelum angin sangkakala deras meniup. Sedarlah.

*Aku tujukan ucapan setinggi syukur dan terima kasih buat Umie ku yang tersayang. terusan lah mendidik jiwa ini.

Thursday, June 17, 2010

Forever Palestin...Viva Palestina!!

Mother don't cry for me I am heading off to war
God almighty is my armour and sword
Palestine, Forever Palestine

Children being killed for throwing stones in the sky
They say to their parents don't worry, God is on our side
Palestine, Forever Palestine
Mother don't worry when they come for us at night
Surely they'll be sorry when God puts them right
Tell me why they're doing what was done to them
Don't they know that God is with the oppressed and needy
Perished were the nations that ruled through tyranny
Palestine, Forever Palestine
[ www.thenasheedlyrics.com ]



Children of Palestine are fighting for their lives
They say to their parents we know that Palestine is our right
They to say to their parents we'll fight for what is right
They say not to worry God is on our side
They say we'll die for Palestine
Palestine, Forever Palestine






Janji ALLAH itu benar, kebebasan Palestine akan datang jua. Berjihad lah menentang musuh-musuh ALLAH. Semoga rakyat Palestin tabah dan sabar. Tidak terbayangkan betapa perit nya mereka dan betapa beruntung nya mereka terpilih di kalangan umat islam yang ramai untuk mati syahid. 

Untuk rakyat Malaysia yang menyertai misi bantuan, bersyukur lah kerana anda juga di pilih oleh ALLAH untuk menyaksikan dan menyertai kepayahan hidup rakyat Palestin. Hanya doa dan air mata yang mampu aku berikan. 

Semalam aku terbaca di Blog perjalanan dua orang amerika melancong ke Palestine dan Israel. Bagaimana dia menceritakan bezanya di antara dua negara in. Kedaifan di Palestin dan betapa selesanya hidup di Israel walaupun merompak hak orang lain. 












*Lagu oleh Samy Yusoff

Friday, June 11, 2010

Cambodia, Pinoy, Singapore, Korea Selatan n Beijing..hahahaha

Jeles betul bila dapat sms dari K.Zie. Dia yang mula2 kata nak follow aku, tapi akhirnya dia pegi dulu. Yelah, orang ada geng n ada duit kan. Dia, Husband dia, Norm dengan Husband...ngam2 4 orang. Memang cantik la untuk melancong..group kecik2 dan senang nak handle. Nak save duit kat land arrangement pun cantik gak.

Yang aku geram sikit2 tu pasal aku yang beria2 nak ke Cambodia tu..aleh2 dia pegi Oktober neh. Anna, k.yati n geng pun nak follow jugak. Aku ingat nak ajak si awek mini, una n bijan pegi. Tunggu si marlina neh punya la teruk, bulan nie tak buleh..bulan tu tak buleh..haih busy bebeno mike iyek..maklum la, posisi tertinggi kan..tak terlawan teman weh. teman nei kuche yang udah layu gitu. hahahaha.

Cakap pasal Cambodia, tetiba awek mini ajak aku pegi Pinoy pulak..aku layan aje la..aku, awek mini, una n bijan kan..ada 4 org..santek sangat la..Pinoy nie mau ribu riban jugak la..bukan sebab matawang dia tinggi, tapi sebab pengangkutan dia yang serabut serabai tu..ialah ada 7000 pulau kan..dari satu2 tempat tu nak tanak kena naik feri yang makan masa berhari2 atau naik kapalterbang yang kena kluar modal banyak la...hadoi..pape pun nak pegi singapore dulu...settle yang tu dulu..Korea pun tak tau tarikh n bajet n Beijing winter pun tak sure lagik..kalu kuar modal 2nd time Beijing memang kim salam byk2 la kan..banyak lagi tempat lain buleh pegi..

Cilakak Punye Nation Wide Express

Dari hari isnin depa dok riuh pasal roadtax keta. Sume dok tunggu, sampai ada yang tak buleh turun side sebab roadtax dah kantoi. Hafiz yang dah ada kat K.L pun terpaksa guna roadtax xerox yang kemudiannya di fax kan. Apa punye lembap daa... Nie sume punca dari Kampeni keta sewa tu la..Bintang Cable...takde bintang lansung. Depa patut nya dah renew roadtax dan hantar terus ke pejabat tapak masing2 la..tapi tak, di hantar terus ke HQ masing2..yang KS ke KS la...mcm tu jugak Emenea n Tehcart. 

Nak di jadikan cerita, roadtax keta Hj. Shamsul pun mati jugak..dia pun guna yang fax punye sementara. Si Lew bangang pun nak menyebok..kepoh2 tanya dia punya..padahal mampos nya lambat lagi..dasar ass kisser babi.. Giliran Techart pulok, dah di courier oleh K.Sanisah dari hari Selasa lagi..tapi sampai hari nie..jumaat 11 june 2010 tetap tak sampai lagi. Apa punye lembap kampeni neh. K.Siha pun kalut mengecek jugak, al-maklumlah depa kat sini dok tepon2 tanya tak benti2...tambahan pulok si nasir kalut tu..memang la kalut n tak paham bahasa.. lantak la, takde kaitan dengan aku sudey.

Tadi dalam kul 3.15 petang gitu datang la mamat Nation Wide tu hantar surat konon2 express tu. Dengan muka selamba nya dia tak bagi aku tulis date dengan time..aku pun tak syak pape la..lantak la kan, janji yang di tunggu dah tiba. Tak amik pot sangat la, pastu dalam kul 3.50 gitu K.Sanisah tu kol balek..tanya pasal roadtax tu dan kata org NW dah fax n e-mail pada dia resit terima tu...tarikh terima 9hb..dia hantar 8hb..wooo, memang betul2 express la..gila pundek lu,,...baru hantar aje pun..memang dasar penipu celakak punye nation wide express...hampeh..benda kecik2 gini pun nak menipu..org dah 2-3 hari komunikasi dok tunggu surat tu...jangan la korang nak gelembong...A Promise Delivered! konon..poodahcit..nie samy vellu pun marah tau.