Friday, February 5, 2010

Sakit kah aku??

Hari ini dan semalam aku M.C. 2 hari. Hari rabu aku main badminton di dewan YMHA di depan rumah. Tengah syiok2 amik shuttle cok tu dari sudut sebelah kiri...tetiba aku terasa lutut aku sebelah kiri mcm meletup...[tup]. Aku diam kejap..cuba gerak2 kan lutut..tapi terasa lemah, dan mengeletar sikit. Aku cuba tegak dan bongkok lutut..ok lagi, cuma mengetar tu masih ada. Aku rilek kejap, sume org pandang aku..Diaorg ingat aku cramp. Aku cuba nak sambung main, tapi tak mampu. So, aku terus keluar dan rilek kat bangku.
Mamat yang dok main dengan jun tadi datang kat aku. Dia tanya aku ok ato tak???. Dia kata dia dah agak aku akan cedera masa dia tengok cara aku amik bola tadi. Aku dok sembang2 la sikit2 dengan dia. Dia kata kasut aku tak sesuai dan badan aku besar. Kena kurus, dan jangan malu2 nak main. Aku dalam hati, memang la kasut aku tak sesuai..ini kasut jogging. Aku memang nak beli kasut badminton, tapi tunggu la dulu, duit takde.
Aku rest 10 minit. game abis kul 7.00 petang. So, aku gerak balik dan june ajak pegi beli lauk untuk malam nie. Balik umah malam tu takde la sakit sangat lagi. Esok pagi nak bangun urat tegang..hurrmm..sakit la pulak..ingat nak pegi keje. So, aku terus pegi Klinik. Doktor periksa dan bagi aku M.C 2 hari. So, duduk rumah aje la..hehehehe..Aku sakit sikit...

Sahabat

Setiap detik berlalu
Tidak perlu ku toleh lagi
Mencari erti kehidupan ini
Yang tak ku tahu noktah berhenti nya lagi
Ku paling ke belakang
Mengutip sisa kenangan
Yang menyentuh jiwa
Kalau boleh ingin ku ulang
Saat manis dan gembira
Agar hati ku puas
Mengenal erti teman lawan
Salah benar kalah menang
Ku kira jika termampu
Akan ku himpun kan
Di lubuk hati yang mendalam
Agar ku ingat lagi
Walaupun seribu tahun
Wahai sahabat
Sambutlah seruan salam ku
Agar kau tahu betapa
Aku menghargai erti persahabatan
Yang Kita jalani selama ini
Jika tersentuh hatimu
Maaf ku pohon kan
Agar engkau menyedari dan menghargai
Erti sebuah persahabatan
[16 Februari 1999, Sungai Petani, Kedah. Aku rasa waktu ini, puisi ini aku tulis untuk seorang sahabat bernama Yani...kalau tak silap la..sebab dah lama nie.]

Puisi tidak bertajuk

Kau,
Yang pernah membuat ku Ketawa,
Yang pernah membuat ku Menangis,
Yang pernah membuat ku Tersenyum,
Yang pernah membuat ku Bangga,
Yang pernah membuat hati ku Terluka,
Kini kau pergi,
Pergi buat selamanya,
Tinggal lah aku di dunia,
Yang penuh kesepian,
Tergapai tiada arah tujuan.
[19 Julai 2000, 3.30 a.m. Kuala Ketil, Kedah]

Aku Dan Penaku

Jejari pena ku coret,
Pada cebisan-cebisan kertas,
Agar tersimpul erat,
Satu puisi, puisi yang membuatkan hati ku puas,

Tapi aku bukan lah,
Penulis puisi yang terbaik,
Cuma baru bermula,
Setiap insan mahukan,
Sesuatu yang sempurna,
Di kehidupan ini,
Cuma usaha perlu berganda

[Puisi ini aku tulis pada 16 Februari 1999, 11.40 p.m., Kuala Ketil, Kedah. Permulaan menulis, entah hapa2 yang aku tulis, aku jumpa balik buku nota yang tertulis beberapa puisi...puisi hamba.]