Friday, March 18, 2011

Guard Hampeh Kentut Busuk

2 minggu lepas aku macam biasalah membeli barang dapur untuk Umie di TF. Selalu kalau hari aku di Taiping Umie telepon memang aku akan beli di Tesco atau Giant Taiping la. Barang tidak la terlalu banyak, pewangi rumah, sayur dan beberapa lagi barang. Aku keluar lebih kurang jam 3.30 petang, itu pun selepas berperang dengan kemalasan yang amat sangat. Aku masuk di bahagian hujung, dan macam biasa lah ada sorang Guard yang jaga. Sebelum-sebelum ni aku memang dah biasa guna Beg Kitar Semula dan memang tiada halangan di TF ni. Tiba-tiba hari tu Pak Guard tu tahan  dan bagitau aku yang aku tidak boleh bawa beg kedalam. 

Guard - Kakak, beg itu tidak bule bawa masuk.
Aku - aaaa...pasal apa.
Guard - Memang tidak buleh bawa masuk.
Aku - Eh, saya selalu bawa masuk la, kenapa pulak sekarang tak boleh.
Guard - Memang tak boleh bawak masuk, kalau mahu guna nanti taruk sana kaunter depan. 
           nanti sudah beli keluar boleh guna taruk barang.
Aku - wei, serupa tak payah bawak beg ni kalau guna plastik bag.
Guard - Itu you punya pasal, beg tak buleh bawak masuk dalam
Aku - Bodoh, takpa la...kalau macam tu aku pegi beli barang tempat lain.
Guard - ooo...ok..

Celaka punya Guard, Hampeh, Kentut Busuk. Dah la tak hensem, hitam berkelit, suka hati je, belagak lak tuh....hahaha, macam-macam aku maki sambil jalan gi kereta balik. Meluap-luap betul marah aku. Aku nekad nak telepon/e-mail/buat aduan pasal hal nie. Kenapa pihak TF tidak mahu menyertai kerajaan dalam usaha mengurangkan penggunaan plastik dan yang paling penting menjaga alam sekitar. 

Aku terus pegi Supermarket Swee Hin Chan. Selamba je aku bawak beg kitar semula tu masuk dan shopping dan cina-cina kedai tu suka sebab aku guna beg dan sekaligus menjimatkan beg plastik dorang. Aku rasa memang menjadi tanggungjawab aku untuk menyumbangkan sedikit atau banyak usaha dalam memelihara alam sekitar yang semakin hari semakin tercemar dan tidak terurus.

Hari nie, aku nak kena membeli barang dapur Umie lagi. Aku memang nak ke TF tu, tetapi polisi Guard dia macam tu membuat kan aku tak nak pegi. Aku search untuk cari no telepon, tapi tak jumpa dan akhirnya terjumpa TF punye FB tapi branch Teluk Intan. Aku belasah jek, hantar message kat dorang. Harap-harap diaorang akan balas balik la message aku tuh, jangan diamkan jek...hurmm..


http://www.facebook.com/profile.php?id=100000654510832



Penggunaan Beg Kitar Semula di Premis TF - Saya sering ke TF Sg. Siput dan menggunakan Beg Kitar Semula. Saya tidak mahu menggunakan beg plastik kerana berpendapat ia tidak baik untuk alam sekitar. Pada 2 minggu lepas saya tidak lagi di benarkan untuk membawa masuk beg kitar semula oleh pengawal keselamatan yang bertugas di pintu masuk tanpa sebarang alasan. Sejak dari hari itu saya tidak lagi ke Pasaraya TF kerana tindakan berkenaan tidak saya gemari. Saya sangat suka membeli di TF kerana segala keperluan seisi rumah mudah dan senang diperolehi di bawah satu bumbung. Saya ingin pihak TF menyatakan dengan tegas bahawa penggunaan beg kitar semula ada boleh/tidak boleh di pintu masuk supaya memudahkan orang ramai.

Saya membeli di pasaraya yang kecil disekitar Sg. Siput mengunakan beg kitar semula tanpa sebarang masalah. Apa tindakan pihak TF untuk menyokong melindungi alam sekitar??


Terima Kasih



No comments:

Post a Comment