Thursday, June 18, 2009

Congrats

Aku nak ucap tahniah kepada 4 orang yang berpengaruh dalam hidup aku. Mereka2 ni ibarat tiada titik noktah dalam perjuangan hidup yang semakin singkat umpama sesingkat nye lipatan lengan kemeja aku dan lengan t'shirt yang aku pakai.

Umpama lebah yang senantiasa mencari makanan..

1. Untuk - Madam Suzana (Yang) yang dah dapat offer Scholarship dari Kementerian Pendidikan untuk menyambung pelajaran ke peringkat PHD (Dapat cuti lagi la). Semoga berjaya dengan cemerlang seperti sebelum2 ini..dan untuk alia,,,kesian dia...ummi die kena pi belajar lagi. So, alia jangan ngada2 lagi dan tinggal lah awak dengan ayah dekat Tawau tuh.

2. Untuk - Dr. Norshahida (yg comel) yang dah 2 minggu di HUSM, Kubang Kerian. Buat Master ENT (Ear, Nose, Throat) selama 4 tahun. "Mu jange bawak oge klate balek dah lah". Semoga sentiasa mendapat yang terbaik. 4 tahun tu cam kejap je..pejam..celik..pejam..celik...dah. Lepas ni dah dapat parking space la dekat Kuarters dan Hospital nanti.. Dah jadi Doktor Pakar nanti naik lagi la elaun aku ek..

3. Untuk - Mohd Al-Amin (yoep-ahpot) yang akan mengakhiri zaman kanak2, zaman study, zaman kerja dan zaman bujang dalam masa kurang dan tidak lebih 6 bulan lagi...Tahniah jugak buat Azfar...yang akan sehidup dan semati dengan ahpot yang poyos tu....

4. Untuk - Mohd Zul Ikram (Adik) yang akan memulakan perkhidmatan sebagai Doktor Pelatih di Hospital Kulim, Kedah. Semoga mampu membayar duit kereta yang berkilat2 dan berkilau2 tu. Dan jangan lupa Roadtax, tayar, service dan eksesori yang akan memenuhi kereta yang beso tu.

Dan yang terakhir untuk ummi aku yang senantiasa gembira dan mendoakan kejayaan, kebahagian anak2 dan semoga ALLAH membalas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan.

No comments:

Post a Comment