Thursday, June 18, 2009

Kasut Putih


Dah menjadi semacam hobi yang tak berguna untuk aku mengambil gambar kasut-kasut yang aku suka tapi tak mampu aku nak beli pada masa aku berada di kedai kasut tersebut. Dan apabila aku berkunjung ke kedai tersebut buat kali kedua atau kali ketiga (tidak disengajakan) aku akan menyemak kembali harga-harga kasut tersebut dan jika aku rasakan perubahan harga yang drastik dan aku punya wang pada waktu itu untuk menyambar salah satu daripada kasut-kasut tersebut aku akan membuat langkah-langkah tersebut dengan kadar waktu segera "Urgent". Tanpa menyemak keperluan dan effect yang akan timbul ekoran tindakan tersebut aku terlebih dahulu akan berasa seronok dan bangga dengan tahap pencapaian aku yang dapat bersabar untuk beberapa ketika dan saat itu aku sudah memiliki apa yang di nama kan kasut yang tidak bermakna apa-apa.
Keinginan aku sebesar tubuh aku yang agak gede. Keinginan aku, aku curahkan melalui pena dan kertas kecil yang aku namakan "My Wish List". Kebanyakan senarai terdiri daripada barang-barang mahal yang aku akan usahakan "bi huk o bi kruk" (ejaan setelah dimelayukan) akan berada di gengaman aku suatu hari nanti. Kadangkala ada sahabat yang ternampak list aku dan berasa kagum dengan keseragaman inti pati hati dan kehendak semasa. Rupa-rupa nya mereka juga sama seperti aku, cuma tidak begitu se serious aku. Kadangkala aku ujur kan impian aku kepada mummy dan seperti biasa ayat pertama yang akan keluar ialah "Hang nak buat apa semua tu". Bila aku terang kan secara meluas (walaupun dan 3/4 kali diberitahu) mummy akan faham dan lebih banyak soalan akan di ujukan lagi. "Hang nak amik duit kat mana". Itu antara soalan yang aku suka dan selalu akan di tanyakan. Apabila aku menjawab untuk meminjam daripada beliau begini pula jawapannya "Kalau nak pinjam untuk beli barang-barang yang entah hapa-hapa tuh...mii tak kan bagi"..Aku seperti sudah mengetahui rangka soalan-soalan dan jawapan-jawapan bermimik muka dan merayu....(saja).
Akhir-akhir ini aku cenderung memilih kasut yang berwarna putih. Kesemua adik2 aku menyatakan bahawa aku seperti nak masuk sekolah balik. Aku terangkan kepada mereka. Aku rasakan apabila seseorang memakai kasut putih, secara tak langsung kasut tersebut boleh mencermin kan peribadinya. Ye lah..kalau kasut putih sudah tidak lagi berwarna putih..kita sendiri boleh bayangkan samaada empunya adalah PEMALAS, RUGGED, SIMPLE, ATAU PUN TERSALAH BELI WARNA KASUT. Aku merasakan ramai orang di dunia ini lebih sukakan kasut yang berwarna putih. Anda lihat sendiri ELLEN DEGENERES, hampir kesemua snikers nyer berwarna putih. Yang paling menyedihkan adalah saiz kasut. Usha punya usha...paling kecil adalah saiz 7, sedangkan aku saiz 5/6 (Kecik betul kaki aku). Acapkali aku rasa kepingin.
Harap-harap suatu hari nanti ada orang yang sudi menhadiahkan sepasang kasut yang berwarna putih buat aku.

No comments:

Post a Comment