Dalam keselesaan kadangkala terselit sedikit atau banyak kesulitan. Dalam erti kata Keseluruhan hidup dan keterbegantungan kendiri mesti ada kekurangan.
Kawasan tempat tinggal aku memang boleh dikatakan selamat. Ada pengawal 24 jam yang aku tak perlu bayar yuran pengurusan, yelah rumah kerajaan la katakan. Duduk di tingkat 7 daripada 8 tingkat, dan kawasan yang jarang-jarang terdapat bangunan kediaman yang tinggi, di tambah kedudukan nya yang strategik adalah pilihan yang terbaik. Daripada aku duduk tanpa perlu membayar 1 single peny pun sampai la sekarang ni harus membayar satu jumlah yang agak waras, jika mahu dibandingkan dengan keadaan rumah yang agak mewah. Cuma aku saja yang kurang mewahnya.
Aku tak peduli itu semua. aku punya 1 bilik yang agak selesa, tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil. Kalau nak dibandingkan harga pasaran bilik di kawasan Vista Angkasa, Kerinchi jauh lebih mahal daripada ini.
Akhir-akhir ini aku rasakan kebahayaan semakin menjadi-jadi apabila bumi taiping di timpa hujan yang lebat berserta angin kencang. Hari jumaat lepas, hujan mengila hingga menyebab kan pokok tumbang. Tapi waktu itu aku tidak berada di rumah. Aku ketika itu berada di Kuala Lumpur, sedang menikmati makan malam, sambil menghayati pemandangan Lembah Pantai dan kawasan sekitar dari tingkat 28, Beulevard Hotel. Aku tidak menyedari semua itu sehingga hari Isnin yang lalu apabila sewaktu melintasi parking lot sebelah depan blok 1. Bersepah batu-batu kecil yang terburai dari sekeping atap balkoni entah dari tingkat berapa agaknya.
Petang kelmarin 19/8/2009, langit hitam pekat tepat jam 4.30. Aku rileks sahaja sebab aku memandu kereta pagi tadi. Kalau aku bawak motorsikal tentu sudah resah gelisah memikirkan jam berapa harus aku balik..Sesampai di parking lot sebelah belakang blok 1 aku dapati parking lot yang biasa aku ambil sudah penuh. Aku terpaksa meletak kereta di kawasan hujung pagar yang memang luar dari kawasan petak parking. Tepat jam 7.10 angin kuat mengegar sliding door di bahagian balkoni living room, terlalu kuat sehingga percikan tempias hujan membasahi lantai sebelah dalam rumah. Kelam kabut aku dengan jun mengelap lantai supaya tidak menjadi lebih serius. Tepat jam 8.00 malam hujan berhenti..
Jam 8.30 aku bersama jun keluar rumah. Tiba di kereta aku dapati atap-atap balkoni jatuh berderai bersepah-sepah menjadi batu-batu yang berteraburan banyak nye. Aku kaget, aku periksa kereta, alhamdullilah..tiada apa yang kena..syukur.
Aku bergerak ke kedai Al-Ikhsan dan selepasa itu menuju ke Taiping Sentral. Tiba di Tesco, dikawasan terang benderang aku dapati ada serpihan atas melekat diantara side mirror dengan cermin tingkap kereta di bahagian hadapan sebelah kiri..Masyaallah...terkezut aku.. aku keluar dan tarik batu..nasib aku baik, batu amat mudah ditarik, dah sedikit sahaja kesan calar dan serpih pada badan kereta.
Di celah cermin sisi dan cermin tingkap inilah terjepit nye batu tersebut
ini la batu yang terbabit...ekekek..
Bila balik kerumah, ane...pengawal di kuarters mengarah kan semua kereta di kawasan luar petak parking hadapan dan belakang rumah mengalihkan kenderaan masing-masing untuk mengelakkan keadaan yang berbahaya lagi. Apabila aku parking di kawasan rumput sebelah kawasan tong sampah besar aku dapati banyak tikus-tikus besar..gerun. Kalau dapat tangkap semua tikus-tikus tu boleh buat kenduri jugak la..gila banyak dan besar. Aku tiba-tiba terpandang sebuah kereta CRV disebelah aku terhiris dinding bahagian hadapan akibat terkena serpihan atap balkoni..Kasihan..memang sakit kalau dah terkena..kereta mewah..pergh..tapi aku rasa tuan punya nye tiada masalah kerana dia Doktor...duit gaji banyak..hari ni aku akan parking kereta di Office..ada bumbung lagi...hehehe...untuk 2 hari ajer.
Kereta CRV yang terkena serpihan batu..
Salah satu daripada serpihan batu di yang melekat dikereta aku
No comments:
Post a Comment