Monday, January 31, 2011

Kisah Makcik dan Adik

*Cerita ini tidak ada kaitan dengan orang lain kecuali mereka yang di gunakan watak untuk menghidupkan cerpen ini. Tidak terdapat sebarang urusan pembayaran Royalti mahupun ikat janji dengan watak-watak yang dipilih. Sebarang komen tidak akan dilayan. Layan.”

Mak cik sekonyong-konyong menyampuk budak-budak bersembang di pantry. Pagi yang dingin itu ada cerita hangat yang disajikan bersama bungkusan nasi lemak dan kuih muih. Itu salah satu dari rutin Makcik, rutin seorang isteri dan ibu kepada anak-anak nya yang kalau dilihat sungguh tidak terurus walaupun sudah menginjak dewasa. Anak makcik yang bongsu lansung tahun ini naik tingkatan 2, bukan anak kecil lagi. Tapi anak lelaki nya lebih suka kearah menjadi kutu rayap atau kutu lepak atau tidak keterlaluan menjadi mat rempit. Makcik cukup marah kalau anak-anak menjadi mat rempit, kalau anak-anak berlumba motor di jalanan. Hampir selalu Makcik terjojol-jojol memarahi anak-anak di depan suami nya yang macho gedebe. Pakcik memang selalu bermuka sposen, kalau pakcik masuk campur akhir nanti pakcik jugak akan kena sembur. Makcik sejak-sejak ini garang bukan main, semua jadi mangsa kalau makcik dah mula berang. Lepas Makcik tahu dia ada kencing manis Makcik selalu hilang sabar. Gigi makcik juga gugur terpaksa satu persatu sebab gusi Makcik sudah rosak, itu kata Doktor. Makcik gigil takut bila dengar Doktor suruh Makcik buang semua gigi. Habis aset penting Makcik, macamana makcik makan sedap lagi selepas ini? Mengeluh panjang Makcik. Akhirnya Makcik positif “Sudah cukup Makcik makan selama ini, macam-macam makanan Makcik sudah rasa”. Makcik berbasa basi supaya tidak terkilan sangat. Sudah kah Makcik cuba Spegeti Bolognise atau Macaroni Cheese yang enak berkrim? Sudah kah Makcik makan udang kara yang mahal.

Makcik kalau dilihat dari masa kasar, seorang perempuan bekerja membantu suami menambah pendapatan isi rumah dan sekaligus mengurus rumah tangga. Tapi bukan itu sebenarnya, Makcik bekerja mencari sesuap nasi untuk seisi keluarga. Suami Makcik tidak bekerja, suami Makcik duduk mengangkang setiap masa. Suami Makcik duduk bersembang merata-rata. Suami Makcik minta wang saku dan belanja isi rumah dari isteri yang bekerja bergaji kurang dari RM700. Nasib makcik baik, anak-anak semua sudah bekerja, walaupun usia mereka masih dibangku sekolah. Anak-anak Makcik yang perempuan sekolah sampai Tingkatan 5, tetapi anak-anak lelaki Makcik sampai Darjah 2 sahaja. Anak lelaki Makcik tidak tahu membaca, tetapi mereka tidak pula malas bekerja. Walaupun mereka tidak membantu membeli barang rumah itu cukup bagi Makcik kerana anak-anak tidak membebankan lansung setakat ini. Sekarang hanya Pakcik sahaja yang menjadi “reba” pada Makcik. Pakcik kata dia buasir, Pakcik kata lagi dia tidak larat angkat barang berat. Pakcik, siapa suruh angkat barang berat, orang suruh pergi kerja. Mulut Makcik dah tebal membebel pada Pakcik, tapi telinga Pakcik lagi tebal.

Dulu masa mula berkenalan, Pakcik bagitau dia bekerja di Pejabat. Girang betul hati Makcik. Makcik yang sekolah Darjah 1 beberapa bulan sangat teruja mendengar bakal suaminya bergaji tetap, senang lah hidup mereka sekeluarga nanti. Lepas kahwin baru lah makcik tahu penipuan Pakcik, tapi nasi dah jadi bubur. Banyak kali jugak lah Makcik tangkap Pakcik mengorat perempuan lain. Ceh, makan orang tanggung ada hati nak berpoya-poya gerutu Makcik. Makcik bagi amaran pada Pakcik jangan ulang balik apa yang sudah jadi, tutup cerita. Pakcik rutin harian sangat mudah dan senang. Pagi pakcik bangun, mandi, bersiap dan terus hantar Makcik pergi kerja. Tengahari Pakcik datang lagi bawak Makcik pergi makan tengahari. Kalau bungkus, bungkuslah. Kalau makan di kedai, makan dikedailah. Pakcik tak banyak kira, pada Pakcik itu kerja mudah. Setitis keringat jantan Pakcik tak keluar pun, malah dengan girang Pakcik pulas minyak motor. Petang nanti Pakcik datang balik jemput Makcik lepas kerja dan terus bawa Makcik berjimba-jimba cuci mata di pusat membeli belah sekitar. Pakcik dan Makcik tidak membeli barang-barang pun, Cuma jalan-jalan buang masa. Nanti langit hitam sudah mahu runtuh pun Pakcik dan Makcik tidak sedar kerana asyik sangat tengok barang dan tengok orang.

Pakcik tidak sembahyang pun, jua Makcik, bila orang tanya Makcik jawab emak tak ajar. Kasihan betul nenek tua, dia bertungkus lumus cari rezeki, tidak sempat mengajar anak-anak ilmu agama. Bila ditanya Makcik mahukah pergi buat haji, Makcik jawab macam Ustazah kampung. Siapa yang tidak mahu buat haji, kalau ada rezeki mahu lah. Tapi Makcik cuma jawab dimulut, Makcik tidak jawab ikut logik. Makcik tidak simpan duit di Tabung Haji, Makcik tidak belajar mengaji, Makcik tidak belajar sembahyang, makcik tidak itu dan ini. Bagaimana Makcik mahu ke Makkah buat Haji sedangkan tidak ada persiapan kearah itu. Makcik tidak peduli, pada Makcik bila ada soalan mesti ada jawapan. Itu jawapan Makcik akan bagi pada sesiapa yang akan bertanya lagi. Makcik tidak pernah solat, tapi Makcik setiap hari akan masuk Surau. Makcik cuci surau kalau pagi, itu pun sebulan sekali. Makcik akan masuk Surau kalau jam tepat 12.30 tengahari tiap-tiap hari. Makcik bukan solat Dhuha, jauh sekali bertakafur atau mengaji Al-Quran, Makcik sebenarnya masuk untuk tidur. Makcik penat, Makcik perlu rehat, Makcik makan ubat banyak buat Makcik lelah dan cepat mengantuk. Makcik keluar bila pintu Surau diketuk Kakak dan Adik. Kebanyakan kali Adik akan sekaki dengan Makcik tidur selongkang di Surau. Adik akan berbasa basi pasal gossip terbaru pada Makcik sambil menunggu mata Adik dan Makcik lelap. Selalu jam 2.30 adalah waktu bangun Adik dan Makcik. Makcik tidur berdepang dada seperti badak air, berkeruh. Adik tidur seayu yang mungkin seperti bawang putih yang jahat sambil mengalun keruhan. Adik bukan tidak sopan, Adik punya masalah resedung, Adik sedar tetapi Adik malu berubat. Bila Adik bersin atau hidung tersumbat Adik bagitau orang Adik Alergic. Adik tak boleh makan sebarang. Tapi makcik tengok Adik sumbat segala benda yang ada, Adik memilih dan bersopan ayu di depan orang tetapi Adik jadi terkankang bila orang tidak ada. Makcik jadi hairan kerana Adik nampak sopan santun, tetapi Adik tidak pernah tutup mulut bila Adik bersin, tidak tutup mulut ketika Adik menguap, . Makcik geli geleman melihat itu, Makcik menjadi lebih hairan kerana Adik sangat pengotor, tetapi Adik asyik mengata orang lain yang pengotor, Makcik sangat hairan bila Adik terlalu sayangkan hingus Adik yang Adik sedut tidak henti-henti. Bagaimana Adik tidak menghembuskan hingus gara-gara naik syok menyedut. Memang Makcik hilang selera bila tengok Adik begitu, bukan sekali sekali Adik begitu, hampir setiap hari Adik begitu.

Adik selalu bangga diri, Adik selalu bercerita besar-besar, Adik rasa jijik jika tandas kotor. Adik kata kereta Adik paling mahal dalam kelasnya. Mungkin Adik sengaja tidak mahu lihat model-model kereta lain yang bersusun penuh. Adik megah kerana mampu membeli kereta walaupun baru bekerja. Adik bermegah sebab semua bergaji besar memakai kereta begitu juga dengan Adik. Petang itu Adik hilang sabar bilamana En. A langgar kereta Adik. Adik hilang pertimbangan, Adik hilang kata-kata, Adik hilang arah, akhirnya Adik mampu menangis sahaja. Adik rasa kalau dia boleh berubah menjadi superwomen Adik terusan sahaja musnahkan kereta En. A yang buruk dan sudah tidak bernilai, tidak seperti kereta Adik. Ramai kawan-kawan Adik yang tampil membantu tetapi semua tidak memberi keputusan kepada perbalahan. Adik bengang bilamana En. A mengejek kereta Adik bukan seperti BMW, Mecerdes atau jenama kereta mewah yang lain, Adik terus bagitahu Kakak A. Kakak A yang terlalu baik hati dan kasihan pada Adik terus berjumpa muka kepada muka dengan En. A. Kakak A marahkan En. A, tetapi En. A tidak peduli itu semua. Dasar keparat kata Adik kepada Kakak A atas tindakan En. A mempermainkan Adik. Adik mahu sahaja buat laporan terus pihak atasan yang sinun, tetapi Kakak A melarang tindakan Adik. Adik kata biar dia puas, biar En. A dimarahi pihak atasan. Adik sudah tidak peduli itu semua.

Hari berlalu begitu sahaja, Adik kembali ceria seperti sediakala, Adik menjadi semakin gembira. Masakan tidak, Adik kini sudah mempunyai kekasih hati. Biarlah orang kata apa kepada Adik, yang penting Adik kini senang berkepit kehulu kehilir dengan kekasih. Kekasih dan Adik makan sarapan bersama, hari ini Adik masak mee goreng, semalam nasi goreng, Adik makan berdua. Biar orang lain telan air liur sahaja, biar orang lain dengki dengan Adik dan Kekasih, Adik tak ambil peduli. Pada Adik inilah masa Adik, inilah waktu yang paling Adik tertunggu-tunggu. Biar orang kata Adik rampas Kekasih orang, Adik tidak ambil pusing lagi. Kekasih Adik sudah janji bermacam-macam pada Adik. Dengar janji pun Adik sudah rasa tempias kebahagianya. Itu semua mereka tidak tahu dan mereka tidak perlu tahu.  Adik sudah berada di puncak singgahsana, Adik senyum sendirian. Setiap hari muka Adik merah bersinar. Adik menanti hari bahagia yang Adik idam-idamkan selama ini. Bila bulan puasa datang Adik menjadi lagi gembira, masakan tidak setiap hari Kekasih dan Adik akan berjalan ke Pasar Ramadhan, lagi-lagi Kekasih Adik yang bayar semua. Belum hari Raya tiba Adik sudah bercerai talak 18 dengan Kekasih. Adik sedih, hari raya tanpa Kekasih yang dikasihi.
Cukup sebulan bergegar pejabat Adik dan hati Adik. Adik menangis tak henti-henti sambil mulut sekonyong-konyong bercerita pada Abe pasal kekasih Adik sudah berubah hati. Semua yang tidak keruan pada Adik. Di saat kekasih Adik menolak cinta Adik, Adik sudah pun meluahkan kepada Kakak. Kakak A tidak ambil pusing, Adik panggil dan tarik Kakak ke Surau. Adik cerita segala terbuku di hati Adik saat itu. Kakak keluar sambil merenung Kakak A dan seraya berkata “hurmm…entah la pening kepala”. Kakak A pelik, apa la yang cuba difikirkan Kakak sehingga terjebak. Kakak, masuk telinga kanan keluar telinga kiri, itu hal orang lain, lantaklah. Lepas Kakak A, Adik panggil pulak Abe. Abe bermuka-muka terpaksa dan memaksa diri melayan Adik. Bukan sebatu duduknya tetapi sebelah menyebelah. Terpaksa la Abe menahan diri dan system pernafasan kerana diwaktu itu nafas Adik turun naik dan busuk. Adik tidak buleh lagi berfikir…Adik buntu. Buntut Adik pun sudah kematu, orang keliling sudah tahu. Kakak A senyum lebar sambil berkata sendirian“Itu lah kamu, ambil Kekasih kawan baik sendiri, sekarang apa sudah jadi”. Kakak A dapat tahu yang Adik juga adalah punca mengapa Kekasih Adik berpisah dengan Sahabat Baik Adik. Apa jua yang Sahabat Baik Adik cerita kepada Adik, Adik akan cerita balik kepada Kekasih yang pada waktu itu bukan Kekasih Adik lagi. Penamat cerita Sahabat Baik Adik putus dengan Kekasihnya itu dan Adik tanpa berlengah terus mengambil Lelaki itu sebagai Kekasihnya pula. Adik tahu dia sudah Berjaya dalam misi nya. Yes..yes…
Kakak A terdengar Adik berceloteh pasal buruk Bekas Kekasih kepada Abe, Kakak A diamkan aje. Kemudian berdering telefon bimbit Adik, Bekas Kekasih Adik yang menelefon. Kakak A dengar Adik kata bukanlah, tidaklah, bukan saya lah dan berbagai lagi. Kakak A dapat tahu, Bekas Kekasih Adik telefon bertanyakan kepada Adik bagaimana cerita mereka berdua yang sudah putus cinta diketahui oleh semua orang. Bekas Kekasih Adik menyalah kan adik lah yang membawa cerita, tetapi Adik tepis semua itu. Adik kata bukan Adik yang bawa cerita, Adik tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Kakak A geleng kepala, sambil Kakak A kata kepada diri sendiri “teruk betul Adik ni, baru aje Kakak dengar bercerita bagai dengan si Kakak dan si Abe, tak mengaku pulak”.

Adik memang begitu peel nye, takan mengaku salah, takan mengaku silap, takan mengaku kalah dan takan mengaku bawah. Adik rela menipu dari mengaku kekurangan. Adik rela mereka cerita dari mengakui sebarang khilaf, Adik rela dan sukarela. Adik tidak boleh kurang dari orang lain, apa yang orang lain ada Adik kena ada dan lebih-lebih lah sedikit dari orang lain. Bila buat begitu Adik rasa bangga dan gah. Adik rasa taraf Adik lagi tinggi, Lantak Adik la.

Adik menjanda tanpa Kekasih bila dibiar tak bertali. Lama juga Adik menjanda. Pintu hati Adik diketuk kembali. Mula-mula Adik jual mahal jugak bila dengar Kekasih Baru tu kerja lebih kurang sama dengan Adik. Adik lebih berminat bilamana Adik dapat tahu Kekasih Baru berharta dan anak orang kaya dan ternama dan punya pangkat. Adik tersenyum lebar, Adik tahu kekasih Adik bijak laksana cuma tidak habis sahaja. Kekasih Baru Adik punya bergulung-gulung hijazah, nanti Adik nak mintak satu lah. Adik nak pamerkan kepada umum, Adik pun punya Hijazah jugak. Adik dapat tahu Ibu Kekasih Baru bekerjaya yang bagus, Adik bangga, Adik bagitau semua bakal Ibu Mertuaku orang Jawa dari selatan. Nanti Adik mahu belajar masakan Jawa, Adik juga mahu belajar berbahasa Jawa. Sici, Loro, Telu, Papat Adik kira dengan jari. Adik gumbira teramat bila Kekasih Baru sayangkan Adik sangat-sangat. Adik tidak pernah rasa kasih sayang begini sebelum ini, Adik rasa bahagia sangat-sangat.

Satu hari yang nyaman Adik bagitau Kakak A dan Kakak perihal pertunangan Adik. Adik mahu langsungkan pertunangan dengan Kekasih Baru, Adik sudah pilih tarikh yang sesuai. Adik mahu buat besar-besaran. Adik pilih 21 November tarikh pengikat Adik dan Kekasih Baru. Adik mahu upah Kakak ambil gambar di hari bersejarah Adik, Adik mahu semua sempurna. Adik tahu Kakak sangat pandai ambil gambar dan punya kamera canggih yang mahal. Adik tahu Kakak tidak akan kenakan bayaran yang mahal, kira kawan-kawan punya harga maaa. Tetapi Adik tidak tahu yang Kakak memang tidak suka Adik dan tidak mahu ambil gambar Adik nanti. Kakak cari jalan dan cari alasan untuk elak dari datang masa Adik bertunang nanti. Kakak ikhtiar idea bermacam-macam. Akhir nya Kakak punya alasan baik untuk itu.

Hari yang dinanti tibalah akhirnya. Bila hari isnin masuk kerja Kakak sudah hampir lupa agenda Adik. Kakak B lah yang mengingatkan Kakak perihal Adik. Kakak B terus tanya Adik “Mana cincin tuning?” Adik merah padam muka dan cuak terus menjawab “Hurm, tidak pakai, malas nak pakai. Hanya pakai masa disarungkan dan bila rombongan balik terus tanggal dan nanti kalau keluar bersama baru pakai lagi”. Owh, berkedip-kedip mata Kakak dan Kakak B mendengar. Kenapa Adik tidak girang, kenapa Adik tidak segirang perpacaran dengan Bekas Kekasih. Kakak tanya lagi “Tidak ada lebihan makanan kah??”. Kakak yang suka barang-barang percuma menagih soalan. Adik jawab “tiada”. Hurm kepelikan melanda Kakak dan Kakak B, masakan tidak satu haram berbaki. “Sudah upload FB kah gambar-gambar” tambah Kakak. “Belum” jawab Adik ringkas. “Kalau sudah nanti bagitahu la” Kakak menjawab kembali. Kakak dan Kakak B tengok Adik muram durjana, diam seribu bahasa dan kelu lidah berkata-kata, tidak gembirakah Adik.

Seminggu lebih berlalu begitu sahaja, daun-daun kering gugur ditiup angin. Musim hujan dan musim luruh membuatkan daerah ini sepi. Kakak buka fesbok sambil teringat mencari Adik untuk melihat kalau-kalau ada gambar Adik waktu itu yang ditunggu-tunggu. Puas Kakak cari nama Adik dalam senarai kawan-kawan, tetapi tidak juga berjumpa. Kakak cari di sudut pencarian, Kakak tulis nama Adik penuh-penuh. Keluar nama Adik dan muka Adik yang tak seminyak itu, rupa-rupanya Adik sudah remove Kakak dari senarai kawan-kawan. Padan muka Kakak, Kakak selama hari ini baik terhadap Adik kini sudah terkena penangan Adik. Kakak buat tidak peduli sahaja, sedangkan Adik masih boleh bercakap dan bersembang dengan mesra sekali. Kakak sudah muak dan jelik lihat Adik, Kakak memang tidak suka habis-habisan. Kakak cakap ini lah kali terakhir Kakak akan pandang muka Adik. Rupa-rupanya mulut Kakak masin, apa yang Kakak cakap memang benar perang dingin bermula.

Adik bermuka labi-labi bila masuk kerja. Muka takde apa yang berlaku. Kakak pagi itu biasa-biasa aja. Tapi bila Kawan Kakak telepon bagitau cerita Kakak meroyan memaki Adik. Kakak cakap kuat-kuat, Kawan Kakak cuba tenangkan Kakak, Kakak sudah hilang sabar. Selesai bercakap dengan Kawan, Kakak terus buka Fesbok dan mencari Akaun Kekasih Baru Adik. Kakak lihat memang nama Kakak Besar dan Hitam ditulis. Memang dia serang secara membuta tuli, apalah yang Kekasih Baru Adik mahu, Apa tidak cukup dia beramas mesra dengan Adik selama hari ini. Apa yang Adik buat sehingga membuak-buak nafsu nya??? Apa??Apa??

Kakak terus ‘Print Screen’ Page Kekasih Baru Adik. Kakak Edit, Crop, Paste dan akhir Kakak Save As JPEG dan terus post pada Wall Fesbok Kakak, Kakak tulis SiPuki. Lepas itu isu semakin Hangat dan terus Hangit. Macam-macam orang maki balik Adik, Adik malu…tapi kemaluan Adik tidak la sebesar nafsu Adik. Adik biarkan nafsunya bermaharaja lela, kenapa?? Adik biarkan nafsu menguasai diri Adik. Jangan-jangan Adik sudah diroket??? WTF??? Weh, Abang SSS jangan cakap macam tu la tidak baik begitu kata Kakak kepada Abang SSS. Abang SSS kata bukan pendapat dia, tetapi pendapat semua lelaki disitu. Hurm, itu saya tidak boleh kata apa-apa lagi la kata Kakak selamba.

Sehingga ke hari ini, saat ini Adik masih dalam nafsu serakah yang membuak-buak. Adik sudah gila membayang dan Adik sudah gila meronggeng. Semua sudah jelak lihat Adik, Adik masih begitu, masih tidak tutup mulut apabila batuk dan bersin. Apakah Adik tidak tahu yang dia menyebarkan virus. Apakah Adik tidak tahu bahawa dalam Ilmu Kesihatan dan dalam Agama Islam sendiri kita diajar untuk membersihkan diri dan tahu batas-batas kebersihan terhadap orang lain dan masyarakat umumnya. Adik kini sudah 2 tahun menjadi Ibu Kutu…jangan Ibu Ayam atau Anak Ayam sudah la Adik ooooiii.
Sekian la coretan kali ini.


10 comments: