Tuesday, January 26, 2010

D90

Lama jugak la aku dok kenen dan mengidam nak D90 nie. Aku dok potong2 paper pasal DSLR. Aku dah review semua brand yg kira2 popular la..macam Canon, Nikon, Sony, Olympus, Panasonic, Lecia, Lomo dan macam2 brand camera. Semua aku tengok. Sebenarnya aku cadang nak amik D80 dulu..ada last 2 pcs kat Jusco Ipoh. Aku tiap2 kali pegi Jusco Ipoh tu mesti aku stop by untuk jeling2 D80 dan lain2 type DSLR yang depa display kat situ.


Kalu ikut aku punya financial status mmg sampai bila2 pun aku tak kan dapat nak beli pun. Ada aje duit sikit, sure aku pegi soping beli barang dan pegi booking untuk berjalan-jalan. Bila lepas kenduri yoep hari tu, dia cuma guna duit shida 6 ribu aje.. Shida pun kata dia nak masuk kan lagi 4 ribu duit dia dalam Tabung Haji. So, aku tanye terus terang, dia nak guna duit tu ke tidak...means dalam masa terdekat nie??? dia kata tak.. So, aku decide nak pinjam aje duit dia. Dia tak kisah. So, aku terus review2.

16hb aku turun K.L, 19hb tu umie balik dari Umrah. So, aku cuti 18hb n 19hb. Sabtu drive terus ke B. B. Bangi. Ahad turun K.L jumpa Awek Mini, plan pegi Jalan Kenanga nak tgk barang borong nak pegi jual kat uptown nanti. Pegi2 kat sana rupa2 tutup la pulak hari ahad..ceh. Terus proceed naik Star pegi Sogo..nak jumpa Mat Rock kat Pertama Kompleks, dia nak beli kasut kat situ. Sambil tunggu sambil lunch kat situ. Lama jugak si mat rock ni, lambat..pasal dia masih tidur, keje sebelah petang.
So, setelah bincang2 dan tanye info pasal Kamera, gerak pegi Pudu Plaza, naik cab dari depan Campbell Kompleks. Sampai kat sana, terkejut la jugak kejap..area cina makkong.. teruk, kotor dan macam byk samseng aje...ntah la..pusing2 kat dlm plaza sambil tunggu si Ijan datang..sempat la pusing 3-4 kedai kamera yg ada kat sana. Sume harga lebih kurang aje...lebih kat hadiah2 tu. So, dah decide nak beli kat YL Photo tu..tapi tup2 takde stok la pulak..Si, Ijan repair lense dia jap.
Dia bgtau kat BB Plaza ada 1 kedai yg dia biasa beli barang kat situ. Dia suh kitaorg pegi kesana la..Si, Mat Rock ajak jalan kaki aje..jauh tu. Dia ok la..tak bawak barang. Aku dgn sling bag, dgn Bagpack baju lagi..lemau jugak la. Pegi kat situ dapat harga RM 3980.00 setelah ijan kowtim dgn apek tu..kurang seratus la drp harga kat Pudu Plaza.Setelah di cek apa yg dia nak bg free aku pun gie kuar duit...Mat Rock dok teman aku. Depa yg suh, nak kuar RM3000...mcm byk aje pun..hehehehe. So, aku ada cash dlm beg RM1000. Lepas beli gerak pegi mamak tepi BB Plaza untuk makan..aku blanja la depa la...setelah penat menolong..hehehehe..many Thankz guy..
So, dgn gembira nye aku mengumumkan...aku dah ada DSLR Nikon D90..

My Blue = Biru Saya

Sementelaah 3 tahun lebih aku guna Honda tu, tiba la masa yang dinanti-nantikan, kepulangan Kelisa biru aku dari Tawau. Masa aku beli kelisa nie aku sempat merasa naik 2 minggu aje sebelum di pos naik kapal ke Tawau. So, setelah 'Yang' balik ke semenanjung setelah dapat offer sambung PHD di UKM, dia pindah ke semenanjung balik, dan bawa balik la Kelisa nie. Jadi selepas ini tidak ada lagi Honda...tetapi Kelisa yang comel dan senang nak cilok. Pape jadi pun tak kisah...iye la, takde la kena mahal bayaran. Nak services pun dlm RM100++ aje. Kalu Honda tu sekali pegi hangus la duit aku Rm300++.. tu paling basic service.. hehehehe.. Goodbye AEU 2780...welcome back AFV 2780.

Sahabat Aku + Denggi Berdarah

Shian Lin, kena Denggi Berdarah.. betul2 siyes o benda nie..
Aku dengan dia bukan satu kelas, tapi baik. Dia dengan aku sama mungkin perangai, kasar dan kasar. Tapi aku bukan pengkid ato lesb, tapi dia ada awek..hehehehe..kira dia lagi advance daripada aku la.
Masa sekolah dulu kalu tak silap dia ada skandalisos dengan 2/3 orang awek. Tapi tak bape sure, pasal time tu aku pun cam beringus lagi. Dia dah bape kali ngadap Cikgu Zaharatul sebab nak kena ceramah time tu. Dia dengan Alex sekali. So, lepas abes sekolah tak penah dengar pape lagi pun pasal dia. Lepas aku 1 tahun keje kat Taiping nie, baru ingat nak cari dia. Aku tanye Junai, kot2 dia tau. Dia pun tak bape nak tau sangat. Yang dia tau Bapak si Lin keje warder penjara.
So, lebih kurang 1/2 bulan lepas tetiba dia request kt Facebook dengan nama Azree Arryl. Pastu mula la kitaorg chat, at least tau la aktiviti dia sekarang. Ada kekadang dia call aku. Masa new year yang aku pegi lepak Penang tu, aku ada SMS dia tanye kot2 dia tau kat mane ble lepak and kot2 dia nak lepak sama. Dia bgtau time tu dia ada game futsal kat Langkawi.
Hari khamis minggu lepas aku dapat message daripada kawan keje dia [Manja Luka]. Dia tulis yang azlin dah masuk. Pastu aku reply balik - Hospital mane beb, siyes ke??. Dia reply balik kata denggi berdarah, kat Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Sebenarnya dia warded kat Hospital Seberang Jaya since dia duduk Penang. Weh tu siyes bangat beb, aku bagi no phone aku kat dia. Since then, dia hantar sms aje, so aku dapat latest la. Kalu tunggu dia reply kat FB time memalam aje dia on..susah tu.
So, hari sabtu malam dia cakap mmg siyes..dah tebuk paru-paru untuk keluarkan air/darah, dan dia pun dah tinggal 30% aje lagi. Tujuan dia bgtau aku tu sebenarnya nak carik family betul dia.. yang dok urus skunk family angkat dia. So, ahad pagi dlm kul 10 aku balik Taiping terus, ye lah kot ada pape ble aku terus proceed gi hospital ato umah family dia. Aku tunggu takde pape pun berita. Si Manja janji nak bagi no phone family members si Lin..tapi takde.
Isnin keje, takde pape pun. So, dlm kul 7 malam aku SMS si Manja tanye perkembangan terbaru. Dia reply dlm kul 9.40, time tu aku dah tertidur. Tidur pun atas kapet aje..penat betul. Padahal bukan buat keje membanting tulang pun. Mane tak bulat kan, lepas makan pulak tu..aiseh.. So, si Manja balas sms tu kata dia dah semakin pulih, dia masih koma tapi bila panggil nama, dia bagi respond. Ooo..ok la tu, at least dia semakin pulih. Mungkin lepas emak ngan bapak betul dia datang, dia gembira la tu. Takpe la...semoga dia terus pulih. Aku nak pegi sampai Alor Setar sensorang tu payah la sikit. Ingat nak pegi dengan si Manja, rupanya dia dah berkahwin...so, dia pegi dgn husband dia aje.
Harap Lin terus sihat dan buleh la kita berjumpa berdepan2 selepas 15 tahun tak jumpa..hehehe
Credit to - Manja Luka for all the info that you update me from time to time.

Wednesday, January 6, 2010

Umie pegi Umrah

Kali nie dah kira kali ke 4 umie pegi umrah dan 2 kali haji. Sepanjang tahun nie selalu jugak aku ajak dia pegi berjalan2 ke tempat lain..pegi indon ke, singapore ke..jawapan dia dia nak kalu indon nak pegi Bogor..kalu dok nak pegi Syria n Jordan. Lain2 tempat tak berminat, kecuali ke arab saudi ni la..
Tahun 1997 dia pegi haji yg pertama. Lepas tu 2003 haji yang kedua. Kemudian 2005, umrah dgn aku sekali. Tahun 2008 pegi dengan abg zeeree dan yang terakhir 2009 dengan adik, apak n shida.. Yang lain tahun nie ialah dia pegi sendiri dan sorang2..Aku harap2 umie buleh uruskan semua sendiri..tarik beg, nak pegi masjid..nak masuk bilik..
Umie nie jenis yang penakut ...nak naik lift pun dia gayat and takut. Lebih baik dia amik tangga daripada naik lift. Ye lah orang tua lagipun org kampung kan. Tapi yang paling salute nye, duit tu sume dia kumpul sendiri, hasil duit allowance yg anak2 bagi. Memang dia berhasrat dan bercadang nak merasa musim2 yang berlainan. Contoh, umrah bulan puasa, umrah lepas musim haji, umrah time pack..dsbnya..
Aku doa lepas ni harap2 cita2 umie dapat terlaksana. Aku percaya lepas percubaan ni, dia akan pegi umrah tiap2 tahun dan pergi sendiri. Lepas dia confident yang dia mampu untuk berjalan sendiri, mesti dia akan suka dan pegi tiap2 tahun.. Shian dia, dia ajak aku..tapi aku dah pegi sekali dan dah jatuh wajib untuk aku buat haji.

Harap2 lepas nie dapat bagi umie duit untuk dia pergi ke Jordan dan Syria...tempat2 bersejarah yang dia suka.. Dia tak berapa nak suka egypt..aku pun tak tahu kenapa.. Semoga umie selamat pegi dan selamat balik. Semoga ada Hamba Allah yang sudi menolong umie di sana nanti..