Shian Lin, kena Denggi Berdarah.. betul2 siyes o benda nie..
Aku dengan dia bukan satu kelas, tapi baik. Dia dengan aku sama mungkin perangai, kasar dan kasar. Tapi aku bukan pengkid ato lesb, tapi dia ada awek..hehehehe..kira dia lagi advance daripada aku la.
Masa sekolah dulu kalu tak silap dia ada skandalisos dengan 2/3 orang awek. Tapi tak bape sure, pasal time tu aku pun cam beringus lagi. Dia dah bape kali ngadap Cikgu Zaharatul sebab nak kena ceramah time tu. Dia dengan Alex sekali. So, lepas abes sekolah tak penah dengar pape lagi pun pasal dia. Lepas aku 1 tahun keje kat Taiping nie, baru ingat nak cari dia. Aku tanye Junai, kot2 dia tau. Dia pun tak bape nak tau sangat. Yang dia tau Bapak si Lin keje warder penjara.
So, lebih kurang 1/2 bulan lepas tetiba dia request kt Facebook dengan nama Azree Arryl. Pastu mula la kitaorg chat, at least tau la aktiviti dia sekarang. Ada kekadang dia call aku. Masa new year yang aku pegi lepak Penang tu, aku ada SMS dia tanye kot2 dia tau kat mane ble lepak and kot2 dia nak lepak sama. Dia bgtau time tu dia ada game futsal kat Langkawi.
Hari khamis minggu lepas aku dapat message daripada kawan keje dia [Manja Luka]. Dia tulis yang azlin dah masuk. Pastu aku reply balik - Hospital mane beb, siyes ke??. Dia reply balik kata denggi berdarah, kat Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Sebenarnya dia warded kat Hospital Seberang Jaya since dia duduk Penang. Weh tu siyes bangat beb, aku bagi no phone aku kat dia. Since then, dia hantar sms aje, so aku dapat latest la. Kalu tunggu dia reply kat FB time memalam aje dia on..susah tu.
So, hari sabtu malam dia cakap mmg siyes..dah tebuk paru-paru untuk keluarkan air/darah, dan dia pun dah tinggal 30% aje lagi. Tujuan dia bgtau aku tu sebenarnya nak carik family betul dia.. yang dok urus skunk family angkat dia. So, ahad pagi dlm kul 10 aku balik Taiping terus, ye lah kot ada pape ble aku terus proceed gi hospital ato umah family dia. Aku tunggu takde pape pun berita. Si Manja janji nak bagi no phone family members si Lin..tapi takde.
Isnin keje, takde pape pun. So, dlm kul 7 malam aku SMS si Manja tanye perkembangan terbaru. Dia reply dlm kul 9.40, time tu aku dah tertidur. Tidur pun atas kapet aje..penat betul. Padahal bukan buat keje membanting tulang pun. Mane tak bulat kan, lepas makan pulak tu..aiseh.. So, si Manja balas sms tu kata dia dah semakin pulih, dia masih koma tapi bila panggil nama, dia bagi respond. Ooo..ok la tu, at least dia semakin pulih. Mungkin lepas emak ngan bapak betul dia datang, dia gembira la tu. Takpe la...semoga dia terus pulih. Aku nak pegi sampai Alor Setar sensorang tu payah la sikit. Ingat nak pegi dengan si Manja, rupanya dia dah berkahwin...so, dia pegi dgn husband dia aje.
Harap Lin terus sihat dan buleh la kita berjumpa berdepan2 selepas 15 tahun tak jumpa..hehehe
Credit to - Manja Luka for all the info that you update me from time to time.
No comments:
Post a Comment