Thursday, May 20, 2010

Kelab Mengembara

Aku baru aje selesai baca blog si Agustus&Katja [http://followtheroad.com/en/12-days-malaysia/], cerita bagaimana dorang hidup di merata2 tempat. Cerita bagaimana si Andrej [http://altsport.wordpress.com/] bergelandangan dan menumpang kenderaan tak kira apa sekalipun berjaya menyusuri dari negara nya Lithunia dan kemudian dalam minggu lepas berjaya masuk ke Malaysia setelah beberapa hari dan minggu di Thailand. Cerita bagaimana dia menumpang, tidur di dalam khemah di China dan didenda di Laos kerana di negara itu diharamkan berkhemah dan tiada satu pun tapak perkhemahan pernah wujud di negara tersebut. Aku suka cara penceritaan si Andrej nie. Bagaimana dia berjaya mengunakan sepenuh peluang, menjimatkan wang dengan tidak menyewa hotel dan lebih kearah kehijauan. 

Terfikir tadi sewaktu melabur, kenapa tidak aku wujudkan satu kelab kembara??? kenapa tidak..walaupun tiada ahli dan walaupun hanya aku seorang sahaja ahli takpe..insyaallah lama kelamaan akan ada ahli nya nanti. Sekurang2nya 10 orang pun sudah memadai. Seperti Agustus dan Katja, mereka bertemu apabila menyertai kelab yang sama -  [Vilnius Hitch-hiking Club], kelab yang diwujudkan di universiti di sana. Berkongsi cerita bagaimana mereka mengembara. Membaca hasil mereka sudah cukup memberi inspirasi dan tenaga walaupun tanpa disusuri dengan tindakan, namun aku puas barangkali apabila ada suatu hasrat yang akan diolah dan dikongsi bersama. Bila membawa Agustus&Katja diMalaysia, aku tersentuh tulisan mereka..bukan terharu, tetapi sedikit kecil hati. Dia menghantar message ke Inbox akaun CS dan meminta pertolongan..mungkin dihantar pada hari jumaat petang atau sabtu atau mungkin ahad [tidak dibaca sehingga Isnin-takde berukband] dan bila aku SMS mereka sudahpun mendapat rumah dan punya lambat membalas message aku yang pertama dan yang kedua di ignore sahaja. Bagaimana dia berterima kasih kepada begitu ramai manusia yang menolong, tidak salah...cuma ntah la....cerita yang mereka dibantu hingga mendapat perabut, katil, tilam, dan segala2nya [mereka cuma datang dengan sebiji beg masing2]. Aku tak mampu menolong sehingga ke tahap begitu, aku tidak punya kemampuan dari semua sudut. Biarlah, itu rezeki mereka.

Berbalik kepada penubuhan Kelab...hurrmmm rasa2 sewaktu melabur tadi aku terpikir nama seperti RealDeal Adventure Club atau Place we been [macam tiru Place we go with Jennifer Adam's aje nie] atau ada nama2 lain yang lebih baik..tapi apa2 pun misi, visi dan tujuan masih sama...apa pun nama nya nanti..kita harus jujur, ikhlas dan bersatu. 

This is the Place Adventure Club????

Monday, May 17, 2010

Congratulation - Shida

Semalam lepas balik dari Ipoh, aku masuk bilik umie..belum panggil pun dia, tapi dia dah terjaga..terkejut agak nya..tetiba ada lembaga gemuk dok depan mata dia..hahahaha..

Dia bangun dan sembang2..sambil makan makanan yang adik bawak balik dari Jogjakarta. Lepas tu dia buka cerita pasal Shida. Shida jadi best student for Vivar, dorang impress dengan dia. Tanya soklan tak abes lagi dak macam peluru menjawab. Hehehe, dia dah lulus la tapi tak tau markah berapa lagi. Susah jugak nak lulus tu, dia pun dok pening kepala nak exam nie. Masa pre-exam dulu ada dalam 3-4 kali kot, semua satu kelas tu fail... Memang la takot sebab, tahun pertama dengan tahun akhir sahaja ada exam nya. Kalau fail kena repeat balik. So, bulan madu bermula la sekarang. Bulan 6 pegi beijing, bulan 7 pegi Redang..bulan 8-9 hari raya..hahaha. Dah keluar list nak beli barang2 nya, laptop, henpon baru...hehehe takpe la, janji hepi..

Pagi tadi bila datang kerja aku ikut jalan lama Jimat Rm3.00. Sekarang aku tengah usaha nak jimat sejimatnya dan simpan duit untuk percutian seterusnya. Aku dah pokai habis bulan nie. Balik dari Beijing hari tu aku gatal2 pegi beli sling bag Levi's ngan tshirt Armani Exchange. Kat situ dah RM 140.00. Bila masuk keje si Kay bagitau yang laptop aku dah repair, kena caj RM 600.00. Adusss....tepuk dahi kejap. Aku bayar kan si Kay RM 200 dulu, sebab dia bagitau bayar sikit2. Ok la jugak kan..buat nya dia nak lumpsum..mati jugak la. 8hb tu umie ajak pegi kenduri rumah kawan dia kat Teluk Intan...masa tu naik 3 orang, tayar belakang sebelah kiri tu dah rasa lain macam aja..apak suh aku cek jugak besoknya. So, hari isnin suruh abang jai pegi workshop cek kan tayar. Rupanya dah berbonjol keluar dan benang pun dah nampak. Alhamdullilah la masa jalan hari tu tak jadi pape kan..bawak pun laju semacam. Lepas tu tukar tayar sebelah aje..RM 130.00. Memang bengkok...Pagi tadi aku pow duit apak RM50.00. Semalam pegi amik adik kat Stesen Ketapi Ipoh, kena isi minyak dengan tol...bayar dengan duit seringit2 yang aku dok simpan 1 gulung tu. Duit tu sesaja aje simpan...tak sangka time darurat gini buleh gak guna..Minah kaunter minyak tu dok pandang dan kena kira singgit2 ...hahaha..lantak nko la. Duit syiling ada dalam RM100, tapi tak sempat lagi nak tukar kan..


Pagi tadi bukak CS dan ada inbox message. Bila bukak tengok ada mamat lithuania nie hantar message mintak tolong carikan rumah sewa untuk 2 bulan range RM300 - RM400. Minggu lepas masa ambil makanan jamuan kat Kamunting jumpa dengan couple mat saleh naik persona berhenti kat kedai tu jugak. Ingat dia sesat atau nak pegi beli makanan tengahari...Bila baca message ni, baru teringat..ini la mat saleh yang aku terserempak minggu lepas. Dia tinggal kan no phone dan aku terus SMS dia. Bila dia balas balik, rupanya dah jumpa rumah tapi di Ipoh. Ok  la tu...memang terror betul kan mat saleh nie..buleh hidup kat mana2 aje..Dia baru pindah dari Varkala, India setelah 6 bulan duduk kat situ. Mat saleh nie jual dadah atau ada kongsi gelap??? mana dia dapat duit?? dia dah 4-5 tahun merantau.. Memang setengah negara ada bagi allowance untuk rakyat yang tak dapat pekerjaan..tapi tak kan sampai 4-5 tahun pun buleh dapat..emm, entah la..


Short Story About Us


Katja Lachmann
Very soon after the beginning of my studies Industrial Engineering and Innovation Management in Berlin, Germany (I graduated 2005) I became a member of AEGEE (European Student Association). During my first AEGEE-Event abroad (The Netherlands, 2001) I got the “travel bug” and was for a few years involved in a lot of AEGEE acitivities all around Europe. When I was studying, working and living in Spain (2003-2004) I certainly knew what I want: a trip without time limits and no routes planned in advance. While I was looking forward to finish my studies for being “free like a bird in the sky”, I did some creative work and made a trip through Southern Africa for 3 months in 2004.
Augustas Kligys
LithuanianLithuanian (www.kligys.com)
I hold M.Sc. degree in Computer Science from Aalborg University in Denmark.
Theoreticaly, or… according to the “common sense”, I should have been a computer professional and travelling should have been my hobby.
Finally, I am glad computers to become my hobby, and travelling to be my biggest passion in the life. Since 1997, when I joined Vilnius Hitch-hiking Club, I was very often on the road. After many years of exploring European countries, I was starving for something new… And that was China in 2002, right after getting my M.Sc. degree. Two years later I have hitch-hiked through East Africa and did voluntary work in South Africa, totally spending half a year on this continent.
In 2010 I started new episode of my life. I got interested in spirituality, and this brought me so much understanding about the life and how easy is to enjoy every moment of it. I believe the past and the future does not exists. There is only NOW, and living it makes you very happy ;)
Meeting
How did we meet? Well… the story was simple. Augustas and his friend, they were travelling around Spain in summer 2003. Before arriving to Zaragoza, where Katja used to study, they contacted her through theHospitality Club – the free accommodation website for travelers. After staying 3 days at Katja’s place, we offered her to join the trip to Rainbow Gathering, which at that time was located in the Pyrenees mountains – South of France…

Monday, May 10, 2010

Confirmation Stuff...



Pengesahan Pekerja....aduhai, nak disah-sahkan pulak. Kalau dah beli barang secara hutang dan orang tu dah sertakan slip gaji, apa lagi nak di sahkan?? nak tau status pulak. Nasib baek aku tak penah beli pape pun lagi. Tak pernah guna nama untuk hutang barang..cuma jadi penjamin si ruby di Bank Rakyat dulu..tu 5 tahun lepas punye cite..loan pun dah abes bayar. Itu ok la kot, RM 15,000.00, bukan sikit kan. Tapi kalu takat beli sofa, peti ais, t.v, dalam range harga bawah RM 3k tu...sikit aje. Memang dah takde keje la depa nie. Abes kalu dia tipu kerje, pastu barang dah dihantar??? cane??? dah guna.. macam hampeh aje la..

Friday, May 7, 2010

Mother's Day for My Lovely Mummy


this year, mcm tahun sebelum aku bagi hadiah buku-buku ilmiah sahaja. Nak cari yang tebal takde tajuk yang bagus2 n sesuwey. Popular Book Store kat Taiping nie kecik aje..cari punya cari..last2 amik yang nipis dan amik 2 buku sekali..sebab nipis sangat.



Nak blanja makan??? ntah la..mungkin minggu depan kot. Shida time tu pun dah cuti, bule la pegi makan2 kat JJ..makan steamboat kt Johnny's ke...tengok la nanti. Tapi untuk ahad nie, belum ada rancangan pegi makan besar. Lagipun aku kena bawak umie pegi ke Teluk Intan..ada kenduri rumah kawan umie..



So, Umie...Happy Mothers Day - Harap diberi kesihatan, di murah kan rezeki, dikuatkan tenaga untuk melakukan amal ibadat..di beri kelebihan beribadah..dan kekuat untuk menegakkan dan melaksanakan Agama ALLAH...

* Tajuk buku untuk Mothers Day 2010 
    1. Ketika Mulut Dikunci, Tangan & Kaki Bersaksi - Mahmudin [terbitan Global Aksara Communication]
    2. Al-Quran Di Sebalik Ayatul Kursi - Khairul Ghazali [menampilkan TG Nik Aziz - terbitan Mustread]