Thursday, May 20, 2010

Kelab Mengembara

Aku baru aje selesai baca blog si Agustus&Katja [http://followtheroad.com/en/12-days-malaysia/], cerita bagaimana dorang hidup di merata2 tempat. Cerita bagaimana si Andrej [http://altsport.wordpress.com/] bergelandangan dan menumpang kenderaan tak kira apa sekalipun berjaya menyusuri dari negara nya Lithunia dan kemudian dalam minggu lepas berjaya masuk ke Malaysia setelah beberapa hari dan minggu di Thailand. Cerita bagaimana dia menumpang, tidur di dalam khemah di China dan didenda di Laos kerana di negara itu diharamkan berkhemah dan tiada satu pun tapak perkhemahan pernah wujud di negara tersebut. Aku suka cara penceritaan si Andrej nie. Bagaimana dia berjaya mengunakan sepenuh peluang, menjimatkan wang dengan tidak menyewa hotel dan lebih kearah kehijauan. 

Terfikir tadi sewaktu melabur, kenapa tidak aku wujudkan satu kelab kembara??? kenapa tidak..walaupun tiada ahli dan walaupun hanya aku seorang sahaja ahli takpe..insyaallah lama kelamaan akan ada ahli nya nanti. Sekurang2nya 10 orang pun sudah memadai. Seperti Agustus dan Katja, mereka bertemu apabila menyertai kelab yang sama -  [Vilnius Hitch-hiking Club], kelab yang diwujudkan di universiti di sana. Berkongsi cerita bagaimana mereka mengembara. Membaca hasil mereka sudah cukup memberi inspirasi dan tenaga walaupun tanpa disusuri dengan tindakan, namun aku puas barangkali apabila ada suatu hasrat yang akan diolah dan dikongsi bersama. Bila membawa Agustus&Katja diMalaysia, aku tersentuh tulisan mereka..bukan terharu, tetapi sedikit kecil hati. Dia menghantar message ke Inbox akaun CS dan meminta pertolongan..mungkin dihantar pada hari jumaat petang atau sabtu atau mungkin ahad [tidak dibaca sehingga Isnin-takde berukband] dan bila aku SMS mereka sudahpun mendapat rumah dan punya lambat membalas message aku yang pertama dan yang kedua di ignore sahaja. Bagaimana dia berterima kasih kepada begitu ramai manusia yang menolong, tidak salah...cuma ntah la....cerita yang mereka dibantu hingga mendapat perabut, katil, tilam, dan segala2nya [mereka cuma datang dengan sebiji beg masing2]. Aku tak mampu menolong sehingga ke tahap begitu, aku tidak punya kemampuan dari semua sudut. Biarlah, itu rezeki mereka.

Berbalik kepada penubuhan Kelab...hurrmmm rasa2 sewaktu melabur tadi aku terpikir nama seperti RealDeal Adventure Club atau Place we been [macam tiru Place we go with Jennifer Adam's aje nie] atau ada nama2 lain yang lebih baik..tapi apa2 pun misi, visi dan tujuan masih sama...apa pun nama nya nanti..kita harus jujur, ikhlas dan bersatu. 

This is the Place Adventure Club????

1 comment: