Aku rasa kekadang dunia ini terlalu kejam buat aku. Aku rasa kekadang dunia ini terlalu bermanja-manjaan buat aku. Sebelum aku terus-terusan mengutuk dan memuji dunia, aku mohon maaf atas segala perbuatan aku terhadap dunia. Ketahuilah engkau wahai dunia, bahawa bukan engkau penyebab masalah aku, tetapi penghuni yang menghuni di perut mahupun di dasar engkau.
Aku rasa selalu si rendah-rendahkan. Mungkin kerana fizikal aku kah? atau mungkin kerana paras rupa aku, kebolehan aku yang tak setanding mereka, atau pun mereka memang dengki terhadap aku. Entah lah, aku tidak lagi boleh memikirkan secara logikal akal aku lagi. Mereka tidak memandang aku, lansung tidak menoleh kearah aku?? kerana apa. Puas aku mencari jawapan agar hatiku yang runsing ini kembali tenang, kembali terjalin. Lantas atas usaha aku ini yang langsung tidak menemukan aku kepada sebarang jawapan atau kesimpulan seharusnya, aku cepat-cepatan putus asa. Kerana terlalu capek, lalu aku bawakan lara ini terbang melayang dibawa angin bayu.
Aku tidak lagi mampu untuk berkata-kata. Tidak lagi aku mampu untuk memujuk hati. Aku terus-terusan mencari kelemahan, tanpa ada rasa ingin membantu diriku untuk berpijak kembali di bumi yang nyata. Kenapa semua ini haru terjadi kepada aku. Aku langsung tidak pernah menganggu hidup mereka?? apa yang mereka mahu dari aku??.
Aku perasan dan lihat sendiri, yang mereka mahu ialah seorang perempuan yang "Perfect" dari sudut pandangan mata mereka. Biar lah perempuan itu, pemalas, penyegan, pengotor (dibelakang/sorok), atau tidak langsung tahu membuat kerja....biarlah...kerana itu yang mereka cari dalam hidup ini. Apabila mereka sudah menemukan nya...mereka akan bertempik gembira. Mereka meraikan, tetapi mereka lupa...ia tidak akan kekal lama, apabila perempuan itu berpura-pura. Dan pada titik noktah akhirnya, mereka menyesali semua. Tapi sudah terlambat..sudah terlalu lambat untuk itu.
Nukilan hasil pemerhatian oleh sahabat...untuk dikongsi bersama..
No comments:
Post a Comment