Time ini aku masih lagi tengah menghayati berulang2 kali lagu neh. Memang setiap baris ayat lagu neh menegak kan bulu roma aku. Memang lagu ini membuatkan aku sedih. Kali pertama lagu neh aku dengar, time Majalah 3 - Gempa di Padang, Indonesia. Lagu nye mendayu-dayu sambil aku lagi sedih melihat mangsa-mangsa gempa yg di tunjukkan.
Isnin kerja aku terus mengooglekan lagu neh..aku nak tau jugak lagu neh lagu siapa. Memang berhantu dan menghantui aku secara keseluruhan nya. Aku bukak laman web TV3. Tapi kena daftar jadi ahli untuk login. Aku buat derk aje..sebab aku cari tang mane nak daftar..tak jumpa.
Hari-hari aku dok ingat kan camne lagu tu, dan akhir nye hari nih aku buka balik laman web TV3. Aku jumpa gak akhir nya, dan aku daftar. Terus aku buka Show dan buka Majalah 3. Aku play hingga ke episod ke4 dan akhirnya aku jumpa dengan lagu. Aku terus googlekan lirik lagu, dan akhir nya aku dapat tahu bahawa itu adalah lagu saudara Opick..yang memang terkenal dengan lagu-lagu berbentuk dakwah..setakat ini aku dah pun pasang 10 kali di you tube..
Lagu neh memang menginsafkan kan aku..dan aku percaya akan menginsafkan sesiapa saje yang mendengar kan lagu. Perlu menghayati lirik dan bait-bait kata. Musik nya pun asik..memang aku terbuai keinsafan.
Buat mangsa gempa di Padang, saya berharap kalian semua tabah menghadapi semua dugaan. Aku tak boleh bayangkan kalau aku berada dan menjadi mangsa. Memang di luar batasan akal aku, kerana di tanah air ini aman dan tidak ada sebarang kejadian sebegitu.. Sedih.. Hayatilah semoga kita semua di beri pengampunan dan rahmat dari ALLAH. Amin..
Bila Waktu Telah Berakhir - Opick
Bagaimana Kau Merasa Bangga
Akan Dunia Yang Sementara
Bagaimanakah Bila Semua Hilang dan Pergi
Meninggalkan Dirimu
Bagaimanakah Bila Saatnya
Waktu Terhenti Tak Kau Sedari
Masihkah Ada Jalan Bagimu
Untuk Kembali Mengulangkan Masa Lalu
Dunia Dipenuhi Dengan Hiasan
Semua dan Segala Yang Ada
Akan Kembali Padanya
Bila Waktu Telah Memanggil
Teman Sejati Hanyalah Amal
Bila Waktu Telah Terhenti
Teman Sejati Tinggallah Sepi
Kredit untuk TV3 untuk liputan Majalah 3 - Gempa di Padang.
No comments:
Post a Comment