Hurmm...sudah lebih 6 bulan aku tidak update blog ini. 2 minggu lepas dapat berukband dari Nyah...itu setelah dia tidak buleh gunakannya samaada dirumah ataupun di pejabat. Kebest an tahap cipan sebab aku aku rasakan bila aku tidak perlu membayar yuran pendaftran RM100++, senang cerita dapat free, tinggal lagi bayar sewa bulanan sahaja.
Dalam masa 6 bulan ini macam-macam jadi. Ada budak baru lahir, ada yang dah berjaya dalam UPSR. Ada yang dah lega sebab PMR dah selesai dan ada yang masih lagi berdebar-debar menjawab soalan SPM dan STPM. Bagi aku, debaran lebih hebat dalam menjawab erti kehidupan aku. Erti kehidupan sebagai seorang muslimin sejati yang lebih menjurus kearah pembaikan akhlak yang semakin hari semakin menipis seperti nipis nya singlet yang dipakai budak-budak perempuan sekarang nie. Aku cuba bertelagah dengan diri aku sendiri, menjawab pertanyaan yang sering berlegar-legar serta mencari jalan berhibur kadangkala. Aku adalah aku, aku adalah insan kerdil yang cukup keras kepala dan cukup liat untuk dekat dengan ALLAH.
Aku kadangkala bangga dengan kebodohanku yang terang lagi nyata. Aku kadangkala dilihat cukup tawaduk dan insaf. Kebelakangan ini, tanpa jemu aku terus-terusan memuji dan bersama-sama mendendangkan lagu Maher Zain. Satu susuk tubuh yang cukup sempurna untuk dijadikan contoh ikutan atau idola dalam perjuangan kembali kepada ALLAH. Maher Zain dulu pernah juga alpa dan lalai dalam tanggunjawab sebagai hamba ALLAH. Tetapi dia bingkas bangun dan terus kejalan yang diredhai. Bagaimana aku?? tidak kah aku malu dengan lelaki bernama Maher Zain itu?? biarkan, dia tidak kenal pun aku sapa..malah tidak pernah jua mendengar nama ku yang sedap dan sering mendapat pujian dek kerana kesedapan namu itu. Namun sebagai seorang perempuan aku harus juga berasa malu. walau tidak kepada Maher Zain, tetapi kepada mana-mana lelaki yang beriman.
Setiap kali aku berjumpa dengan mana-mana lelaki beriman, aku malu pada diri aku sendiri. Aku malu dengan sikap dan penampilan aku, tetapi itu tidak cukup untuk mengubah aku. Entah dimana silap nya, aku terus-terusan dengan sikap begini. Umie setiap minggu tanpa jemu-jemu terus berpesan pada aku 'Jangan lupa dan jangan tinggal Al-Quran. Kalau dalam masa 1 bulan tidak membaca Al-Quran hati boleh menjadi hitam dan mati". Aku ingat setiap kali kata-kata itu, tetapi pengakhiran aku kiranya bukan itu. Setiap hari aku mencari alasan untuk diriku sendiri untuk tidak membaca kitab suci. Basuh baju, sakit perut, lapar dan beribu macam lagi alasan bodoh untuk diri aku sendiri. Selalu Umie berpesan "Jaga diri", ayat itu sudah hampir sebati dengan diri aku. Aku kira aku cukup pandai menjaga diri dari sudut bahaya persekitaran, tetapi dari sudut kejutan budaya, kiranya aku gagal sedikit demi sedikit.
Aku bersyukur kepada ALLAH kerana masih memberi dan terus memberi segalanya kepada aku. Walau teruk sekali aku kepadanya, dia tetap menghamburkan kasih sayang nya. Tetap jua dia memberi ruang dan waktu pada aku untuk menilai diri. Aku rasakan hidup tidak berlaku adil kepada aku, aku rasakan hidup terlalu menyesak, walaupun kadangkala. Aku berdoa dan memohon agar ALLAH tetap saja terus terusan menyedarkan aku, membawa aku ke jalan yang diredha. Aku berharap aku mampu dengan sepenuh kudrat dan kekuatan untuk bingkas mengubah segala sebelum terlambat. Kearah kebaikan sebelum matahari terbit di barat dan sebelum angin sangkakala deras meniup. Sedarlah.
*Aku tujukan ucapan setinggi syukur dan terima kasih buat Umie ku yang tersayang. terusan lah mendidik jiwa ini.
No comments:
Post a Comment