Bila dia bercakap dengan tone tinggi semua orang pandang dia dengan ghairah nak tahu lebih lanjut. Manakan tidak, hot chick terbaek dari ladang akan bertunang. Siapakah jejaka separa malang tersebut??? hahaha, itu lah yang menjadi tanda tanye semua orang.
xxxxx = Kak Ain, xxxx nak bertunang
Aku = Ha....iye ke, bila nak buat nie
xxxxx = minggu -+hb nie, xxxx nak suruh K.Ain jadi photographer nye.
Aku = [telan ayak liok, mana la aku terror sgt amik gombar bagai neh, adeh...] ooooo...ok...ok [dengan sedikit nada gabra]
Pada setiap orang lalu lalang disitu habis semua diberitahu. Aku anggap berita paling gembira buat xxxxx sepanjang bernafasnya dia di dunia. Aku pun suka la, dah banyak kali disakiti akibat kejahatan lelaki yang suka mempermainkan wanita dan pakej kebodohan xxxxx yang gila meroyan nak kahwin. Dia pikir kahwin itu kenduri, kendara, dapat anak??? itu aje. xxxxx tak pikir akibat dan penangan kahwin itu sendiri. Biarkan lah, orang tengah gembira. Aku memang tak hepi dapat job untuk dia, aku rasa buang masa aku untuk mengambil gambar-gambar.
Dalam masa tinggal 2 minggu, aku dapat e-mail dari Corporate Comm. Aku terpilih untuk mempoyokan diri ke UEM Family Day 2010. Syukur, punya lengkap alasan tanpa berfikir. Terus tanpa banyak fikiran terlibat, memberitahu xxxxx aku tidak dapat terima job untuk nya pada hari kegembiraan dia. Dia sedikit tersentak dan aku tanya jika dia punya back-up lain untuk job tersebut.
xxxxx = Takpe K.Ain, sepupu sepapat xxxxx ada. Dorang ada kamera. Ok, aje.
Lega mengila seluruh otak aku, selesai satu tanggungjawab yang tak hengen aku pikul. Hihihihihi, lantak nko la. Rupa-rupanya dalam diam semua yang tahu menunggu hari bersejarah. Semua tak sabar lagi nak tahu siapa kah yang di pihak sinun.
Aku ada la bergossip murahan dengan sahabat tinggal di utara, memberitahu niat xxxxx tersebut. Maka seperti acara teka kacang, sekali lagi aku terarah untuk menjadi detektif conan, mencari klu-klu yang boleh di kaitkan dengan jejaka itu. GAGAL. xxxxx terus mendiam kan diri daripada mendedahkan siapa jejaka tersebut dan selalu berkata ' Tunggu la, nanti tahu jugak'..cesss.
-+hb [ hari yang ditunggu] = aku menghadiri Family day di TNB Bangsar.
Isnin [hari kerja]
Aku ingat-ingat lupa, nasib baek si xoxo ingat kan aku pasal xxxxx. Semua limah dan peah serta abe gedebe yang bermulut terjojol-jojol sibuk memasang telinga dan sekali sekali menyibuk dengan pelbagai soklan murahan. xxxxx seperti nya tidak segumbira masa cermin mata kalis silau yang ditempah di Focus Point siap. Tidak seceria waktu berpacaran dengan lelaki buaya darat dulu, dan tidak seceria siaran NTV7. Hihihihii, pagi isnin itu juga tidak ada jajan baki dari kenduri. Pelik, masakan tidak, waktu hari jadi dibuat pulut kuning dan dibawa ke pejabat. Atau tidak lagi punya saki baki jajan dan lauk pauk. Mushkil wajah ayu aku dibuat pagi itu...nasib baik sempat membeli capati 4 keping, tapi bukan kesemua lulus ke tekak aku.
xoxo = ek, mana cincin tunang? kenapa tak pakai
xxxxx = isk,...tak pakai malas. Pakai depan dia aje, waktu sarung, dia balik, kenduri pun abis cabut terus.
Di kepala hotak aku yang IQ mencapai tahap tertinggi nie, tak pernah lagi la berjumpa dengan situasi marabahaya begini. Masakan tidak, sebelum bertunang bagai membeli cincin di Habib Jewel nun jauh ke Kuala Lumpur. Meroyan apakah si xxxxx untuk tidak menyarungkan cincin nya?? pelik.
Aku = Sudah upload kah ke FB??? mau liat
xxxxx = Belum [dengan nada yang kurang kepuasaan hati, kurang enak disoal bertubi-tubi]
Aku - Ok, sudah kalu bagitau ok.
Sampai kini hari ini, sudah lebih kurang 2 minggu lebih peristiwa berlaku. Namun tiada paparan hebat gambar-gambar saat gumbira xxxxx. Apa yang tidak kena pada xxxxx. Aku pun sekali lagi, dengan gaya detektif conan menyiasat FB nye. Sejurus, tiada di dalam list Freind, aku kaget. Aku tekan cursor di petak search dan terus menulis nama xxxxx. Keluar muka xxxxx yang liuk lentok dan terpapar petak Add As A Friend. WTH & WTF wit that??? dia dah remove aku. Gedik punye betina, hahaha aku tak marah pun. Lagipun bukan aku yang add dia. Lantak dia lah, tetapi ini menjadi jumping platform untuk aku lebih-lebih lagi dan semua yang lain untuk mencari rahsia apakah maha besar yang sedang disoroknya. Hahahaha, Gila teruk.
Tiap Hari, xxxxx makin galak mencerita dan memberi tahu persiapan kenduri kahwin. Errggh..semakin teruk xxxxx nie. Dia kami rasakan terlalu obses untuk berkahwin. Bagaimana ibu dan ayah membeli Aircond semata-mata untuk keluarga sebelah jejaka merasa selesa semasa kunjungan [maklumlah keluarga Datuk dan orang kaya-kayaan]. Dia juga bercerita bagaimana diwaktu bertunang, kawasan jalanraya di rumahnya sesak dengan kenderaan saudara mara dan kunjugan. Dia jugak cakap masa kenduri kahwin nanti akan buat di dewan, hebat.
*Nota penting - Pihak lelaki menafikan acara pertunangan tersebut. Abang jejaka tersebut tidak tahu menahu lansung. Ibu jejaka tersebut bercuti ke Jepun pada tarikh tersebut. Dan paling penting, jejaka itu sendiri menafikan dan naik hairan bagaimana cerita itu boleh tersebar. Moral dari cerita diatas, xxxxx adalah gila meroyan nak menikah dan paling penting xxxxx memang penipu dan suka menipu....wassalam
No comments:
Post a Comment