Hari jumaat minggu lepas si Wahidah bawak jelly kelapa. Dibagi kat aku 3. Tu 1st time makan tu, pergh...mmg sedap..heaven sungguh. Sejuk, lembut, sedap, menyegarkan dan yg paling penting untuk hari tu...freee...wakkakaka. Dalam pada dok baham jelly tu, terpikir gak nak cari resepi dia. Ye la...kalu gaya aku makan nie, tokeh balak pun bangkrup. So, kalu buat sendiri sure jimat n paling penting air tangan beb!!
So, masa lunch tadi mula2 nak pegi Tabung Haji, nak masukkan duit Umie tu. Tapi cuti2 sekolah nie, biasa la kan penuh sampai ke pintu. So, terus blah pegi KWSP untuk print penyata. Lepas tu nak pegi cari lunch la pulak. Teringat kantin amanah iktiar pulak. So, dah tapau sume, time nak bayar nampak plak dalam kotak dia ada jual jelly. Bila bukak n tengok..alahai...ciput aje. Yang wahidah punya tu lagi byk. Takpe la, bagi merasa kan. So, amik satu...dan masuk kete aje terus makan sebab tengah sejuk lagi kan. Tapi rasa dia kurang la, tekstur dia kasar. yang wahidah punye tu macam air kelapa aje...elok.
Balik office aje terus google kan resepi..jadi jumpa kat 2 blog orang lain. Copy paste kan kat sini. Mari la sesama kita cuba, mana tau nanti2 sedap...ble bisness pulok...Gombattttt...
Resepi 1
Bahan2
1.5 liter air kelapa muda bersama isinya
1.5 liter air
10g agar2
300g gula pasir
Cara membuatnya :
1-rebus air sampai mendidih. masukkan gula dan agar2.
2-masak hingga agar2 cair. kacau sekali sekala bagi memastikan agar2 hancur. (kira2 20 minit)
3- bila agar2 larut/hancur, masukkan air kelapa dan isinya .Kacau sebentar (seminit) jgn sampai mendidih. Padamkan api,
masukkan dalam cawan atau apa2 bekas, sejukkan dalam suhu bilik. Bila sudah agak sejuk boleh masukkan dalam peti sejuk.
* Resipi asal untuk dapat 100 cawan jelly begini:
Bahan2
3.8 liter air
3.8 liter air kelapa muda + isi kelapa muda
800 g gula pasir
25g agar-agar
(agar2 di rebus sampai hancur ,sebaik hancur masukkan air kelapa , kacau sebentar dan tutup api. Hasilnya akan jadi lebih lembik/lembut.Saya tak berapa suka yg lembik sangat tu...)
Sedap ni makan sejuk2 di musim panas2 skrg ni..
Resepi 2
Bahan-bahan ( lebih kurang 13 cup spt gambar di bawah )
- 1 paket agar2 serbuk (10gm)
- 2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
- isi kelapa muda ~ boleh kaup guna sudu atau sagat
- 11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
- 3 helai daun pandan
Cara-cara
- Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
- Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda. Padamkan api.
- Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
- Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.
- # sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.
No comments:
Post a Comment